Rabu, Mei 29, 2013

Kayuhan As-Salam 2013 meriah !!!


 

Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, taufik serta innayahnya, Masjid As Salam Puchong Perdana (“MAPP”) telah mengorak langkah dan memainkan peranan selaku ‘Agen Perubahan Masyarakat’ dengan menganjurkan satu lagi program riadah yang popular dewasa ini iaitu Kayuhan As Salam 2013.  Program ini terbuka kepada semua kaum dan berumur tidak kurang dari 12 tahun.


 
Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama dan kesungguhan pimpinan MAPP, AJK Surau An Nur Puchong Intan, Associated Cyclosportif Trekkers (“ACT”) dan Yayasan Al Tarbiah.  Idea asal program ini datang dari Surau An Nur Puchong Intan, yang kemudiannya telah diperhalusi dan dinaik taraf di peringkat MAPP.  Penganjuran aktiviti seumpama ini menjadi suatu bukti praktikal bahawa insititusi masjid bukanlah tertakluk dan terhad kepada ibadah khusus semata-mata.




Alhamdulillah, program sulung ini telah berupaya menarik penyertaan hampir seratus orang peserta dan penggemar aktiviti riadah berbasikal di sekitar Puchong.  Kayuhan sulung ini melibatkan jarak sejauh 21.7 kilometer dan melalui beberapa buah taman perumahan dan kawasan perkampungan di Puchong.  Majlis telah diserikan dengan kehadiran Presiden ACT, saudara Fauzi dan dua orang wakil ACT di peringkat negeri Selangor






Tuan Haji Yasim Mohamed, Nazir MAPP telah sudi untuk menyampaikan ucapan dan melepaskan para peserta kayuhan.  Manakala Tuan Haji Azmi Ghani (ikon berbasikal MAPP) telah menyempurnakan acara penutup dan menyampaikan hadiah kepada 10 orang peserta yang bertuah.
 




Dari aspek keselamatan, seramai enam orang anggota trafik dari IPD Subang Jaya, pasukan RELA MAPP dan skuad marsyal telah turun padang membantu dan melindungi pergerakan para peserta.  Acara yang bermula pada jam 8.00 pagi itu telah berkahir pada jam 10.30 pagi dengan kesemua peserta serta konvoi pengiring selamat sampai ke Dataran As Salam.




Syukur tidak terhingga ke hadrat Allah dan terima kasih kepada semua AJK MAPP dan Surau An Nur Puchong Intan, ACT, PDRM, pasukan RELA Masjid, petugas di semua peringkat serta para peserta yang pada keseluruhannya, berupaya untuk mematuhi disiplin dan etika kayuhan yang diterapkan oleh pihak ACT.  Acara telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang, di samping terdapat ruang untuk ditambah baik dan diceriakan lagi pada masa akan datang.  Seperkara lagi, program ini telah berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Acara sebegini akan dimasukkan dalam kalender MAPP untuk dijadikan acara tahunan, insyaAllah.

Disediakan oleh
ROSLAN  HANAPIAH     
Pengarah Program

 


 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories