Isnin, Mei 20, 2013

AJK Masjid As-Salam ikuti kursus di ILDAS




Kursus Asas Pembimbing Pengurusan Jenazah telah diadakan pada 18-19 Mei 2013 di Institut Latihan Dan Dakwah Selangor. Kursus selama 2 hari 1 malam ini telah disertai oleh 50 orang peserta. Antara wakil dari Masjid As-Salam yang telah turut serta dalam kursus tersebut adalah  cik Umi Azeanty M.Yaacob (Pembantu Tadbir), Puan Norrahmayati Binti Nawawi(AJK MAPP), Puan  Mastura Binti Othman(Biro Muslimat) dan Tn. Hj. Ahmad Bokhari Bin Ibrahim (Siak 1 MAPP).


Kursus Pemantapan kali ini telah mengundang  Tuan Hj Mazlan Bin Abdullah(Ketua Penolong Pengarah Bhgn. Dakwah JAIS) , Puan Hajjah Arbakyah Binti Haji Asmoni  dan  Ustazah Anizah Binti Mohamed Izahar (Penceramah Bebas) sebagai penceramah. 


Taklimat  dan  praktikal  telah diadakan secara menyeluruh  bermula dengan cara Persediaan Menghadapi Orang yang Nazak ,  Pengurusan Jenazah ( Memandikan  &  Mengkafankan) sehinggalah cara  Solat & Pengkembumian Jenazah.  Disamping itu sesi pengisian rohani  seperti Qiamullail & solat berjemaah juga  diadakan.

Taklimat berlangsung di Dewan Melati, Intitut Latihan dan Dakwah, Selangor


Pn. Hajjah Arbakyah (Penceramah) bersama Pn. Norrahmayati (AJK MAPP)



Sesi Taklimat ~ Praktikal (Mengkafankan Jenazah)
 

Ustazah Aniza (Fasilitator) menunjukkan cara mengkafankan jenazah

 


Slot yang terakhir adalah penyampaian sijil & elaun kursus kepada para peserta.
Disediakan oleh:                                                                                                                                                        Umi Azeanty  M.Yaacob                                                                                                                                   Pembantu Tadbir MAPP

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories