Jumaat, Mei 31, 2013

AJK Masjid As-Salam mengikuti Kursus Pemantapan Penguatkuasaan Jenayah Syariah

AJK Masjid As-Salam: En Harun Nayan, Hj Ahmad b. Hassan dan Hj Ahmad Bokhari telah mengikuti kursus Pemantapan Penguatkuasaan Jenayah Syariah Peringkat Daerah Petaling di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong Shah Alam pada 29 & 30 Mei 2013

Rabu, Mei 29, 2013

Kayuhan As-Salam 2013 meriah !!!


 

Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, taufik serta innayahnya, Masjid As Salam Puchong Perdana (“MAPP”) telah mengorak langkah dan memainkan peranan selaku ‘Agen Perubahan Masyarakat’ dengan menganjurkan satu lagi program riadah yang popular dewasa ini iaitu Kayuhan As Salam 2013.  Program ini terbuka kepada semua kaum dan berumur tidak kurang dari 12 tahun.

Isnin, Mei 27, 2013

Kursus Haji Bersiri 2013 selesai dengan jayanya


 


26 Jun 2013, Program Kursus Haji Bersiri (KHB) sesi 2013 telah berjaya menamatkan 17 sirinya yang berakhir pada hari ini. Kesemua jumlah peserta seramai 490 orang telah mengikuti kursus ini dengan istiqomah dari mula hingga akhir.
 
Berkat usaha yang jitu dari seorang tenaga pengajar yang amat komited dan sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan peserta, membuatkan seluruh peserta begitu selesa menghadirkan diri didalam kursus ini setiap minggu bermula dari awal febuari lagi.


Selasa, Mei 21, 2013

Biro Kebajikan terus menabur bakti kepada yang memerlukan

Pesakit Kronik lumpuh sebelah badan, Abu Samah bin Abdul Samad, dari Jalan Indah 3 Puchong Indah menerima sumbangan daripada En Harun Nayan, Ketua Biro Kebajikan Masjid As-Salam Puchong Perdana
 

Isnin, Mei 20, 2013

AJK Masjid As-Salam ikuti kursus di ILDAS




Kursus Asas Pembimbing Pengurusan Jenazah telah diadakan pada 18-19 Mei 2013 di Institut Latihan Dan Dakwah Selangor. Kursus selama 2 hari 1 malam ini telah disertai oleh 50 orang peserta. Antara wakil dari Masjid As-Salam yang telah turut serta dalam kursus tersebut adalah  cik Umi Azeanty M.Yaacob (Pembantu Tadbir), Puan Norrahmayati Binti Nawawi(AJK MAPP), Puan  Mastura Binti Othman(Biro Muslimat) dan Tn. Hj. Ahmad Bokhari Bin Ibrahim (Siak 1 MAPP).

Isnin, Mei 13, 2013

Sabtu, Mei 11, 2013

Biro Kebajikan Masjid As-Salam terus hulur bantuan kepada yang memerlukan

Pesakit Kronik: Patah Tulang Peha & Barah Tulang.
Timan bin Syamsudin, alamat No. 20, Jalan Teratai 4C, Puchong Perdana menerima sumbangan daripada En Harun Nayan (Ketua Biro Kebajikan Masjid As-Salam Puchong Perdana)
 

Jumaat, Mei 10, 2013

Biro Kebajikan terus berkhidmat memberi bantuan kepada pesakit kronik

8hb Mei 2013; En Harun Nayan, Ketua Biro Kebajikan Masjid As-Salam melawat En Mohd Nor Bahaudin (Pesakit Kronik) di Wad 4C, katil 16, Hospital Selayang. Mengidap sakit barah tulang belakang. Pesakit ini sudah terlantar di hospital sejak 5 bulan yang lalu. Dalam lawatan ini Biro Kebajikan memberi sumbangan RM800 untuk membiayai bil hospital pesakit ini.
Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas
Grab this Widget ~ Blogger Accessories