Rabu, April 17, 2013

Majlis Kesyukuran & Doa selamat Surau As-Solihin




Tahniah buat adik Muhammad Nabil Nabhan Bin Sarul Hisham
Pada tarikh 28hb Mar 2013 (Khamis) bersamaan 16 JamadilAwal 1434H, Ahli Kariah Surau As-Solihin Desa Idaman telah meraikan Majlis Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat Saudara Muhamad Nordin Bin Hussain bersama Saudara Sarul Hisham Bin Hj Samanan yang melangsungkan Majlis Khatam bacaan 30 juzuk Al-Quran anakanda beliau, Adik Muhammad Nabil Nabhan Bin Sarul Hisham yang baru sahaja khatam bacaan 30 juzuk Al-Quran.


Pada malam tersebut, majlis telah dimulakan sejurus selesai solat Isya’ berjemaah. Saudara Sarul Hisham yang mempengerusikan majlis telah memulakan aturcara dengan ucapan salam kepada semua jemputan dan jemaah serta mengalu-alukan kehadiran mereka. Saudara Pengerusi Majlis mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya jualah majlis dapat dilaksanakan.

 
 

Pengerusi telah melahirkan ucapan terima kasih kepada yang berusaha Ustaz Safar Bin Kasim selaku pembimbing dan guru Al-Quran yang bukan sahaja mengajar anak-anak ahli kariah Surau As-Solihin bahkan juga ahli kariah dewasa surau.

Pada kacamata Pengerusi, AJK dan seluruh ahli kariah, sumbangan Ustaz dan kesudian meluangkan masa sejak tertubuhnya Surau As-Solihin pada awal tahun 2011 tidak dapat dinilai dan dibalas dengan wang ringgit, melainkan hanya Allah sahaja yang mampu memberikan ganjaran yang setimpal buat ustaz.

Seterusnya majlis khatam bacaan Al-Quran Adik Muhammad Nabil Nabhan diteruskan sehingga selesai bacaan doa khatam Al-Quran pimpinan Ustaz Safar dan disaksikan para jemaah. Yang berbahagia Ustaz mengakhiri majlis dengan Bacaan Tahlil, Doa Selamat dan Doa Kesyukuran
 
Mudah-mudahan Allah mengkabulkan permohonan hambaNya yang daif lagi lemah, Semoga majlis ringkas ini akan memberi suntikan semangat kepada anak-anak dan kita khususnya untuk lebih berusaha mengkhatamkan Al Quran dalam kehidupan seharian.

Carilah kesempatan untuk membaca Al Quran sehingga khatam walau sesibuk mana pun kita dengan urusan dunia supaya urusan akhirat yang lebih besar ini tidak keciciran di kemudian hari nanti. InsyaAllah...
 
Laporan oleh;
Setiausaha
Surau As-Solihin Desa Idaman

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories