Selasa, April 02, 2013

Kem Motivasi dan Smart Solat mendidik remaja "Yakin Diri".

 
 
 
Bersempena dengan cuti sekolah yang baru bermula pada 23 Mac 2013 lalu, pihak Masjid As-Salam dengan kerjasama Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) telah mengambil initiatif untuk mengadakan program Kem Motivasi & SMART Solat. Pihak Masjid As-Salam terpanggil untuk menjalankan program tersebut atas dasar tanggungjawab sosial terhadap remaja-remaja di kariah Masjid As-Salam seiring dengan motto Masjid sebagai pusat pengembangan budaya toleransi dan perdamaian

Program dikhususkan untuk pelajar-pelajar sekolah dan menengah, berumur 10 hingga 17 tahun daripada kariah Masjid As-Salam. Akan tetapi ada juga penyertaan daripada luar kariah menjadikan jumlah peserta seramai 131 orang, melebihi daripada jumlah yang disasarkan, iaitu 100 orang. Seramai 79 orang peserta lelaki dan 52 orang peserta perempuan yang telah didaftarkan untuk menyertai program tersebut



Program berjalan selama 3 malam 3 hari, bermula daripada hari Jumaat malam sehingga hari Isnin. Seperti nama yang telah diberikan, program terbahagi kepada 2 bahagian, motivasi dan SMART Solat. Untuk bahagian motivasi, telah dijalankan pada hari Sabtu yang dikendalikan oleh En Ikram daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah untuk membina dan membentuk sahsiah dan peribadi peserta-peserta supaya boleh menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara


Program diteruskan pula pada hari Ahad dengan pengisian SMART Solat. Menggunakan modul yang diperolehi daripada JAIS, aktiviti-aktiviti berkenaan solat dan perkara-perkara yang terkait dijalankan dalam bentuk LDK (Latihan Dalam Kumpulan). Pecahan-pecahan solat, iaitu Azan dan Iqamah, Wuduk dan Tayamum dan Solat (bacaan dan praktikal). Peserta-peserta telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dan dibantu oleh fasi-fasi daripada Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS).

 
Kemuncak program pada malam hari Ahad tersebut, iaitu Malam Penghayatan Alam yang mana turut dimeriahkan dengan kehadiran Nazir Masjid, Haji Yasim Bin Mohamed berserta AJK masjid yang lain. Pada malam ini, setiap kumpulan peserta telah mempertontonkan persembahan ringkas yang telah disediakan dalam masa yang sekejap. Selesai, semua dijamu dengan hidangan barbeque sambil menghayati alam, sesuai dengan masa aktiviti. Setelah menghayati persembahan, menghayati makanan dan diakhiri dengan penghayatan alam, Alhamdulillah



Pada hari terakhir telah diadakan aktiviti gotong royong sebagai aktiviti komuniti sosial peserta-peserta kepada Masjid. Beberapa kawasan yang telah dikenalpasti untuk dibersihkan dan telah dibahagi-bahagikan antara kumpulan peserta. Ini sedikit sebanyak dapat menimbulkan rasa sayang dan prihatin terhadap masjid


 
Alhamdulillah, program telah berjalan lancar dan tamat pada hari Isnin sebelum Zuhur. Sedikit sebanyak program telah mencapai objektiknya iaitu mementingkan solat berjemaah sekaligus dapat memakmurkan masjid di kalangan remaja-remaja. Harapannya supaya pihak masjid dapat mengadakan lagi program seumpama ini di masa-masa akan datang, InsyAllah


 



 

 
Laporan oleh;
 
Syahir Saharif
PBMS
 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories