Rabu, Mac 20, 2013

Surau Raayah Selesai Mesyuarat Agong Pencalonan

 
17 Mac 2013 jam 9.30 malam telah diadakan mesyuarat agung khas pemilihan Ahlijawatan kuasa 2013-2016 di Surau Raayah Puchong Permai. Dengan kehadiran 76 orang anak kariah, mesyuarat berlansung dalam suasana begitu harmoni dengan diselang seli gelak tawa dan gurau senda, terlihat ukhuwah yang erat diantara mereka.
 
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Pengerusi surau, Haji Elias yang menasihati agar setiap dari kita haruslah bertanggungjawab bersama-sama memakmurkan rumah Allah SWT ini dengan hati yang ihklas. Beliau juga menyarankan agar pilihlah mereka yang benar-benar layak untuk menerajui pentadbiran surau Raayah ini agar kebaikan yang ada akan berkekalan dan bertambah makmur dari masa ke masa.


Mesyuarat pemilihan yang di Pengerusikan oleh wakil Nazir Masjid As Salam, Encik Mohammad Nor Afizan Ibrahim dengan dibantu oleh 3 orang lagi wakil Masjid telah menyampaikan sedikit taklimat ringkas dan tatacara pemilihan kepada anak kariah supaya lebih memahami serta mengikut enakmen yang telah ditetapkan oleh pihak MAIS.
 
Hampir 50% ahlijawatan kuasa lama masih dikekalkan dengan menampilkan 2 orang muka baru bertanding jawatan Pengerusi bagi mengantikan pengerusi lama yang telah menarik diri setelah dipilih semula oleh anak kariah diatas alasan kesibukan masa beliau dimasa hadapan.
 
Pihak Masjid As Salam, mengucapkan taniah kepada individu yang terpilih dan diberi kepercayaan sepenuhnya oleh anak kariah bagi memikul tanggungjawab yang berat untuk memimpin rumah Allah SWT yang mulia ini.
 
Semoga akan terjalin erat lagi hubungan baik pentadbiran antara surau dan Masjid dalam urusan kita menjalankan amanah yang menjanjikan kebaikan dunia dan akhirat oleh Allah SWT dimasa akan datang. 
Laporan oleh,
Pengerusi mesyuarat agung pemilihan Surau-surau
Masjid As Salam Puchong Perdana
Mohammad Nor Afizan Ibrahim

 



 


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories