Jumaat, Mac 15, 2013

Mesyuarat Agong Pencalonan Surau Al-Khautsar berlangsung meriah



Alhamdulillah Mesyuarat Agung Pencalonan sesi 2013-2016 Surau Al Kauthar Pangsa Perdana telah berlangsung dalam suasana ceria, aman, mesra dan penuh beradab.  Seramai kira-kira 50 orang anak kariah telah hadir menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mencalonkan pimpinan baru surau untuk sesi yang baru.
 


Kelancaran mesyuarat malam tadi telah disaksikan sendiri oleh saudara Nor Afizan Ibrahim, Faizal Haye dan Hamdan Husin yang mewakili Nazir, Masjid As Salam Puchong Perdana. Mesyuarat telah dimulakan dengan ucapan serta pembentangan laporan aktiviti dan kewangan surau untuk tempoh 2011 sehingga Februari 2013. 


Pembentangan ini telah dibuat oleh Tuan Haji Abd Wahid Baharon, Pengerusi Surau AL Kauthar sendiri. Anak kariah yang hadir berpuas hati dengan pembentangan, penjelasan dan penerangan yang diberi.



 
Sebelum mesyuarat pencalonan bermula, saudara Nor Afizan telah memberikan penerangan serba ringkas tentang tatacara, peraturan serta garis panduan yang diberikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor serta proses yang akan berlaku selepas pencalonan ini dibuat.  Ini bererti, jawatankuasa sedia ada akan terus memainkan peranan masing-masing sehingga tempoh perkhidmatan mereka tamat pada 31 Mei 2013.


Suasana harmoni dan ceria telah mewarnai pemilihan AJK baru 2013-2016 pada kali ini.  Mesyuarat yang telah bermula kira-kira jam 9.45 malam telah berakhir hampir 40 minit kemudian.  Kira-kira 70% tenaga lama telah dikekalkan dengan kemasukan beberapa orang muka baru. Semoga Allah merahmati kariah Surau Al Kauthar serta mengurniakan taufik, hidayah serta kekuatan kepada calon-calon yang bakal menerajui surau ini pada masa hadapan, insyaAllah.
 
Catatan
ROSLAN HANAPIAH                                                                                                                Surau Al Kauthar Puchong Perdana
 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories