Isnin, Mac 18, 2013

Mesyuarat Agong Pencalonan di Surau Al-Mawaddah berjalan lancar

 
En Mohd Norafizan b Ibrahim, AJK Masjid As-Salam bertindak selaku Pengerusi dalam Mesyuarat Agong Pencalonan kali ini
 
Hampir 65 orang anak kariah telah hadir menunaikan tanggungjawab dalam mesyuarat Pencalonan AJK bagi sesi 2013-2016 yang berlansung di Surau Al Mawaddah Puchong Prima pada 16 mac selepas selesai sahaja solat isyak.
 
Jawatan kuasa baru ini akan mula berkuatkuasa pada 1 jun 2013 ini bagi menggantikan J/K  sesi 2011-2013 yang berakhir 31 mei 2013 yang akan datang. Tuan Haji Abdul Razak selaku Pengerusi Surau tersebut telah diberi kepercayaan sekali lagi untuk menerajui surau tersebut bagi penggal seterusnya.



Mesyuarat bermula dengan ucapan serta taklimat khas dan amanat dari pihak MAIS telah disampaikan oleh Haji Razak, Selepas selesai sahaja solat isyak, proses pengendalian Pencalonan di Pengerusikan sepenuhnya oleh wakil Nazir Masjid As Salam iaitu Encik Mohammad Nor Afizan bersama 2 orang lagi selaku pembantu Encik Faizal Haye dan Encik Asyraf.
 
Proses pemilihan yang mengambil masa kira-kira 45 minit itu berlansung dengan penuh harmoni dan kemesraan silaturrahim sesama anak kariah. Individu yang dicalon kesemuanya hampir 70% adalah dari Ahlijawatan kuasa yang lama.
 
Oleh itu, amat bersesuaianlah dengan pengitirafan yang diterima surau Mawaddah adalah salah satu surau terbaik di bawah Kariah Masjid As Salam. Pihak Masjid mengucapkan taniah diatas kejayaan calon-calon yang diberi kepercayaan oleh anak kariah setempat.

Laporan Oleh;
 
Mohammad Nor Afizan Ibrahim,                                                                                                         Pengerusi
Mesyuarat Pencalonan Surau Al Mawaddah 2013-2016                                                                            b/p Masjid As Salam Puchong Perdana

 




 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories