Jumaat, Mac 01, 2013

Lawatan Pelajar Genius Aulad Bandar Putra Permai ke Masjid As-Salam

 
 
 
Khamis, 28 Feb: Masjid As-Salam Puchong Perdana telah menerima lawatan daripada Tadika Genius Aulad Cawangan Bandar Putra Permai. Lawatan ini dianjurkan oleh pihak pengurusan Tadika Genius Aulad bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar cilik yang suci bersih berkenaan masjid dengan harapan ia akan menjadi wasilah mendekatkan generasi pewaris ini dengan institusi masjid.
Seramai 90 orang pelajar-pelajar Tadika Genius Aulad Cawangan Bandar Putra Permai telah dibawa mengikuti lawatan ini, 50 orang pada sesi pagi dan 40 orang pada sesi petang diiringi oleh 10 orang guru pengiring.


Menjayakan lawatan ini, satu ceramah berkaitan Cinta Nabi saw turut diadakan. Ianya disampaikan oleh Pegawai Agama Masjid As-Salam Puchong Perdana, Ustaz Muhammad Rashidi bin Ab Hamid dan Ustaz Muhammad Rusydi bin Ahmad dengan bantuan Biro Muslimat Masjid As-Salam.
 
Selain itu, para pelajar juga diajar cara-cara berwudhu’ dengan betul, praktikal solat berjemaah, serta penerapan akhlak Islam  seperti menderma ke tabung masjid, adab serta doa masuk masjid dan lain-lain.

Pihak masjid mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan Tadika Genius Aulad Bandar Putra Permai atas kejayaan menganjurkan lawatan ini. Semoga usaha murni seperti ini akan diteruskan pada masa depan dalam usaha membina generasi yang cemerlang untuk masa hadapan.
 
Laporan oleh:
Muhammad Rashidi Abd Hamid
 
 




 



 








 







Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories