Selasa, Mac 05, 2013

Kursus Pra-Perkahwinan Siri 2 di Masjid As-Salam meriah !!

Peserta kursus bergambar bersama Tuan Nazir dan Pengarah Program Hj Azmi Ghani

Puchong, 4hb March 2013;  Kursus Pra Perkahwinan Siri 2 anjuran Masjid As Salam Puchong Perdana bersama Jabatan Agama Islam Selangor cukup meriah dengan kehadiran seramai 102 peserta. Seramai hampir 30 peserta adalah dari luar Puchong seperti Putrajaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Bangi.

Seperti kebiasaan, sebanyak 7 sesi ceramah yang merangkumi dengan pelbagai aspek bermula dengan prosedur perkahwinan hinggalah kepada undang-undang kekeluargaan Islam yang meliputi topik, talaq, nikah, cerai dan sebagainya.

Pengerusi Biro Nahi Mungkar dan Keselamatan Masjid As Salam, Tuan Hj Ahmad bin Hassan mengambil kesempatan bagi memberi penerangan mengenai tugas-tugas skuad Biro Nahi Mungkar dan Keselamatan yang bertanggungjawab atas kesalahan jenayah syariah.

Nazir Masjid As Salam, Tuan Haji Yasim Bin Mohamed memberi nasihat dan motivasi bagi melayari kehidupan alam rumahtangga sebelum diakhiri dengan penyampaian Sijil Kursus Pra Perkahwinan kepada peserta-peserta kursus.

Laporan oleh;
Hj Azmi b. Ghani



Tn Hj Azmi Ghani, Pengarah Program Kursus Pra-Perkahwinan
Hj Ahmad b. Hassan memberi penerangan tentang Skuad Nahi Mungkar Masjid As-Salam

                     Tuan Nazir menyampaikan sijil-sijil kepada peserta kursus

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories