Selasa, Mac 26, 2013

Jumaat, Mac 22, 2013

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Rabu, Mac 20, 2013

Surau Raayah Selesai Mesyuarat Agong Pencalonan

 
17 Mac 2013 jam 9.30 malam telah diadakan mesyuarat agung khas pemilihan Ahlijawatan kuasa 2013-2016 di Surau Raayah Puchong Permai. Dengan kehadiran 76 orang anak kariah, mesyuarat berlansung dalam suasana begitu harmoni dengan diselang seli gelak tawa dan gurau senda, terlihat ukhuwah yang erat diantara mereka.
 
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Pengerusi surau, Haji Elias yang menasihati agar setiap dari kita haruslah bertanggungjawab bersama-sama memakmurkan rumah Allah SWT ini dengan hati yang ihklas. Beliau juga menyarankan agar pilihlah mereka yang benar-benar layak untuk menerajui pentadbiran surau Raayah ini agar kebaikan yang ada akan berkekalan dan bertambah makmur dari masa ke masa.

Kursus Pra-Perkahwinan

10 Sahabat dijamin syurga

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Isnin, Mac 18, 2013

Mesyuarat Agong Pencalonan di Surau Al-Mawaddah berjalan lancar

 
En Mohd Norafizan b Ibrahim, AJK Masjid As-Salam bertindak selaku Pengerusi dalam Mesyuarat Agong Pencalonan kali ini
 
Hampir 65 orang anak kariah telah hadir menunaikan tanggungjawab dalam mesyuarat Pencalonan AJK bagi sesi 2013-2016 yang berlansung di Surau Al Mawaddah Puchong Prima pada 16 mac selepas selesai sahaja solat isyak.
 
Jawatan kuasa baru ini akan mula berkuatkuasa pada 1 jun 2013 ini bagi menggantikan J/K  sesi 2011-2013 yang berakhir 31 mei 2013 yang akan datang. Tuan Haji Abdul Razak selaku Pengerusi Surau tersebut telah diberi kepercayaan sekali lagi untuk menerajui surau tersebut bagi penggal seterusnya.


Jumaat, Mac 15, 2013

Mesyuarat Agong Pencalonan Surau Al-Khautsar berlangsung meriah



Alhamdulillah Mesyuarat Agung Pencalonan sesi 2013-2016 Surau Al Kauthar Pangsa Perdana telah berlangsung dalam suasana ceria, aman, mesra dan penuh beradab.  Seramai kira-kira 50 orang anak kariah telah hadir menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mencalonkan pimpinan baru surau untuk sesi yang baru.
 

Program Realiti TV Adik-adikku


Rabu, Mac 13, 2013

Isnin, Mac 11, 2013

AJK Masjid Al-Qayyum melawat Masjid As-Salam

Rombongan lawatan daripada Masjid Al-Qayyum, Pulau Indah Pelabuhan Kelang (10.3.2013)

Muslimfest 2013 (Pesta Buku + Fesyen Muslim + Festival Halal)

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Ahad, Mac 10, 2013

Mesyuarat Agong Pencalonan di Surau At-Taubah selesai

Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam mempengerusikan Mesyuarat Agong Pencalonan di Surau At-Taubah pada 9hb March 2013  
 

Jumaat, Mac 08, 2013

Khamis, Mac 07, 2013

Program Ziarah Muslimat


Aktiviti Ziarah Biro Hal Ehwal Wanita Masjid As-Salam Puchong Perdana ke Biro Hal Ehwal Surau dibawah kariah Masjid As-Salam.

Rabu, Mac 06, 2013

Skuad Nahi Mungkar Masjid As-Salam sedia berkhidmat

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Selasa, Mac 05, 2013

Kursus Pra-Perkahwinan Siri 2 di Masjid As-Salam meriah !!

Peserta kursus bergambar bersama Tuan Nazir dan Pengarah Program Hj Azmi Ghani

Puchong, 4hb March 2013;  Kursus Pra Perkahwinan Siri 2 anjuran Masjid As Salam Puchong Perdana bersama Jabatan Agama Islam Selangor cukup meriah dengan kehadiran seramai 102 peserta. Seramai hampir 30 peserta adalah dari luar Puchong seperti Putrajaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Bangi.

Seperti kebiasaan, sebanyak 7 sesi ceramah yang merangkumi dengan pelbagai aspek bermula dengan prosedur perkahwinan hinggalah kepada undang-undang kekeluargaan Islam yang meliputi topik, talaq, nikah, cerai dan sebagainya.

Program Khas Kemasukan ke IPT

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Ahad, Mac 03, 2013

Jumaat, Mac 01, 2013

Lawatan Pelajar Genius Aulad Bandar Putra Permai ke Masjid As-Salam

 
 
 
Khamis, 28 Feb: Masjid As-Salam Puchong Perdana telah menerima lawatan daripada Tadika Genius Aulad Cawangan Bandar Putra Permai. Lawatan ini dianjurkan oleh pihak pengurusan Tadika Genius Aulad bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar cilik yang suci bersih berkenaan masjid dengan harapan ia akan menjadi wasilah mendekatkan generasi pewaris ini dengan institusi masjid.
Seramai 90 orang pelajar-pelajar Tadika Genius Aulad Cawangan Bandar Putra Permai telah dibawa mengikuti lawatan ini, 50 orang pada sesi pagi dan 40 orang pada sesi petang diiringi oleh 10 orang guru pengiring.

Grab this Widget ~ Blogger Accessories