Selasa, Februari 05, 2013

Program Imarah Masjid - Menyubur Ilmu, Membenih Cinta

 

Alhamdulillah… berkat izin-NYA, segala perancangan telah menjadi realiti.

Bertempat di Masjid As-Salam, Puchong Perdana, program IMARAH MASJID anjuran Karya Bestari @ Grup Buku Karangkraf bersama Majalah i @ Kumpulan Media Karangkraf ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan Masjid As-Salam, Puchong Perdana.



Seawal jam 10.00 pagi, Sabtu 1 September 2012, En. Muhammad Nazir Mohammed Khalid ...(penulis buku Belajar Tajwid Cara Mudah) telah bersedia dengan sekumpulan anak-anak cilik dalam `Kuiz Bahasa Al-Quran’. Aktiviti selama sejam itu terasa begitu cepat berlalu kerana respons yang begitu positif daripada semua peserta. Setiap soalan dalam bentuk permainan silang kata berjaya dijawab dan ini menunjukkan bahawa pemahaman anak-anak sekolah rendah terhadap al-Quran begitu baik sekali. Alhamdulillah…
 

Aktiviti seterusnya ialah `Kenali Ayat Cinta Rasulullah’ yang dikendalikan oleh penulis buku Takluk Hati Pasangan, Prof Madya Dr. Mohd Nor Mamat. Jika aktiviti sebelum ini disertai oleh anak-anak cilik, kali ini anak-anak remaja pula menunjukkan bakat. Berpandukan keratan hadis yang dimasukkan dalam kotak dan dicabut sendiri, dapat dilihat secara jelas kredibiliti setiap peserta ketika menghuraikan maksud hadis. Ada yang agak gugup dan malu-malu tetapi tetap berbakat! Syabas anak-anakku!



Sesi tazkirah bersama Dr. Ridzwan Bakar (penulis buku Rinduku Pada Baitullah) kemudiannya mengambil tempat di ruang legar Masjid As-Salam. Perkongsian pengalaman sendiri selama berada di tanah suci membuatkan setiap patah kata memberi mesej yang bermanfaat sekali. Berpegang pada, `ALLAH tidak pernah lupakan kita’, pengisian yang mengajak kita menguatkan tekad untuk ke rumah-NYA membuatkan kita turut merasai kemanisan dan ketenangan di bumi Raudhah itu,. Presiden Kelab Haji Muda ini juga tidak lokek berkongsi cara pengurusan diri yang sebaiknya sepanjang mengerjakan haji dan umrah.
 

Seusai solat zuhur, majlis Jamuan Hari Raya Masjid As-Salam mula dikunjungi ramai. Kariah dan penduduk setempat tidak putus-putus memeriahkan pekarangan masjid yang telah dipenuhi dengan pelbagai gerai juadah. Pemberian duit raya juga antara sesi yang amat menyeronokkan khususnya bagi kanak-kanak. Booth jualan buku dan majalah juga turut menjadi tumpuan. Walaupun 1 September 2012 berlanjutan dengan cuti hujung minggu, cuti umum Hari Kebangsaan dan masih dalam mood raya-rayaan, namun kehadiran khalayak memang di luar dugaan. Alhamdulillah… inilah yang dikatakan rezeki Syawal.

Sesi petang pula diteruskan dengan Aktivti Mewarna. Sebagaimana yang dijangka, sambutan kanak-kanak amat menggalakkan. Terserlah kreativiti dan bakat masing-masing menerusi hasil kerja tangan yang disiapkan.



Dan… pada jam 3.00 petang, suasana ruang legar Masjid As-Salam semakin gamat sejurus bermulanya aktiviti `Bila Ustaz Sibuk di Dapur’. Penulis Karya Bestari yang lain juga turut hadir memeriahkan akitiviti ini antaranya En. Anwar Nursi (Anakku... Hidup sekali biar bererti). Menyokong penuh aktiviti ini sepanjang majlis berlangsung.

Tambahan sikap sporting Ustaz Mohd Yaakub Mohd Yunus dan Ustaz Mohd Nor Mamat menceriakan suasana. Teman sekuliah ketika di UIA dahulu kini digandingkan dan hasilnya… Sambal Udang Manisnya Iman dan Ayam Golek Takluk Hati Pasangan siap sedia terhidang.

Tahniah ya ustaz berdua kerana menunjukkan teladan bahawa inilah antara ciri suami mithali… tidak segan silu menyingsing lengan membantu cik isteri. Apa-apapun, terima kasih pada buku `Koleksi Menu Orang Bujang’ dan Koleksi Menu Harian’ (terbitan Alaf 21) yang telah menghasilkan resipi yang `pasti jadi’ ini!



Alhamdulillah… cuaca yang baik melancarkan perjalanan majlis. Sebelum solat asar, `Pelancaran Imarah Masjid’ disempurnakan oleh Datuk Abd. Jalil Ali. Dalam ucapan ringkas, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf ini sempat menyuarakan rasa teruja di atas inisiatif murni pihak pengurusan masjid yang turut menjemput pemimpin dari rumah ibadat bukan Islam. Moga ukhuwah sesama kita dapat dieratkan tanpa mengenal bangsa.

Pada sebelah malamnya, berlangsung Pelancaran Kelab Haji Muda dan Pelancaran Pujuklah Rasa (karya terbaru Dr. Robiah K. Hamzah). Kedua-dua majis ringkas itu disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Sujak Muhammad Dasuki (Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling).

Grup Buku Karangkraf dan Kumpulan Media Karangkraf juga telah menyumbangkan wakaf bahan bacaan kepada beberapa sekolah berdekatan dan perpustakaan pusat sumber Masjid As-Salam bagi memenuhi matlamat visi dan misi perkongsian ilmu.
 
Acara kemuncak, sudah semestinya Forum Bicara Cinta Anak Muda, anjuran Majalah i. Forum Siri 6 ini menampilkan koloborasi mantap ahli panel iaitu motivator kekeluargaan Dr. Robiah K. Hamzah serta artis Yatt Hamzah dan Farah Asyikin Zulkifli. Syaqif Zulakifli (DJ IKIMfm) sebagai moderator berjaya mengendalikan forum yang bermula pada jam 9.00 malam itu.

Perkongsian rasa `Mencari Jalan ke Syurga’ menyuntik kesedaran bahawa kita sebagai hamba-NYA usah sesekali memandang rendah kepada mereka yang mahu berubah.







Pengisian yang mantap membuatkan setiap sudut empat buah khemah dipenuhi hinggakan tambahan tikar terpaksa dibentang. Malah, khalayak hadirin tidak berganjak hinggalah forum berakhir menjelang detik 12.00 tengah malam.
Team Promosi Grup Buku dan Majalah I yang sering membantu kami menjayakan program ini.
Secara keseluruhannya, terima kasih tidak terhingga buat semua para penulis, pengurusan Masjid As-Salam di bawah kelolaan nazir, Tuan Hj Yasim Mohamed, dan semua karyawan/team/pihak terlibat (maaf, tidak tersebut satu per satu) yang telah memberi komitmen sepenuhnya.

Mudah-mudahan matlamat utama untuk memupuk semangat cintakan masjid diberkati dan diredhai-NYA. Bagi pihak Grup Buku Karangkraf dan Kumpulan Media Karangkraf, kami memohon maaf di atas segala kekurangan dan keterlanjuran. Insya-ALLAH, panjang umur, ada rezeki… IMARAH MASJID akan kembali!

* Terima kasih setulus hati buat Majalah i, Sinar Harian dan semua karyawan Kumpulan Media Karangkraf . Juga, terima kasih daun keladi buat semua anak beranak di team promo, sales, logistik, editorial Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari @ Grup Buku Karangkraf. Alhamdulillah… segala usaha kita dipermudahkan-NYA berkat doa dan team work bersama. Sememangnya, Benar-benar `membarakan jiwa dan minda’ walaupun… (penatlah jugak…)...Syukur…
 

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Asking questions are truly good thing if you are not understanding anything totally,
but this post presents pleasant understanding even.

Feel free to visit my blog post ... diatomaceous earth 4 lbs

Tanpa Nama berkata...

gucci bags outlet
Does your website have a contact page? I'm having problems locating it but, I'd like to send you an e-mail.

I've got some creative ideas for your blog you might be interested in hearing.
Either way, great site and I look forward to seeing it develop
over time.

Tanpa Nama berkata...

I like the helpful information you provide in your articles.
I will bookmark your blog and check again here frequently.

I am quite sure I will learn lots of new stuff right here!
Good luck for the next!

my site Emmanuel

Tanpa Nama berkata...

That day just so happens to be the same point that the Harry Redknapp Trial for tax evasion finished, clearing Harry Redknapp and Milan Manderic on all charges.
For some people out there, this game is a major part of their lives.
They go through their day feeling the impact,
but do not place anymore thought with it.

Here is my page: How To hack top eleven football Manager cheats

Grab this Widget ~ Blogger Accessories