Khamis, Februari 28, 2013

Rabu, Februari 27, 2013

Selasa, Februari 26, 2013

Masjid As-Salam miliki van sumbangan anak kariah dan Lembaga zakat Selangor

Van Serbaguna Sumbangan anak kariah Masjid As-Salam dan Lembaga Zakat Selangor
 

Ahad, Februari 17, 2013

SAMBUTAN MAJLIS MAULIDURRASUL SURAU AL KAUTHAR BERLANGSUNG MERIAH

Kehadiran kariah surau amat menggalakkan walaupun hujan turun lebat di sepanjang majlis berjalan. Kira-kira 150 muslimin dan lebih kurang 50 muslimat hadir dari sekitar Pangsa Perdana dan Taman Puchong Perdana.
 
Alhamdulillah, Majlis Sambutan Malidur Rasul peringkat Surau Al Kauthar, Puchong Perdana telah berlangsung dengan jayanya pada 24hb Januari 2013 (Khamis) selapas waktu Magrib.

 Agenda sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad  S.A.W  Surau Al Kauthar: -

1.    Ceramah Menyelusuri Sirah Nabi – belajar mencintai dan menyayangi Nabi Muhammad

Penceramah: Ustaz Mohd. Zain

2.    Bacaan Marhaban dan selawat

3.    Anugerah Tokoh Maulidur Rasul

4.    Jamuan

Kuliah Maghrib Habib Ali Zaenal Abidin


Ahad, Februari 10, 2013

Kekosongan Jawatan Sebagai Imam (Pegawai Masjid)

Masjid As-Salam Puchong Perdana mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan berikut:

Imam Sepenuh Masa (Pegawai Masjid)

Syarat dan kelayakan

1) Seorang hafiz / kebolehan menghafaz Al-Quran (Satu keutamaan)


2) Bacaan Al-Quran yang baik dan mantap

3) Pemegang sijil/ diploma/ Ijazah dalam bidang berkaitan

4) Kebolehan berkomunikasi dengan baik

5) Kebolehan menggunakan komputer

6) Seorang yang bermotivasi tinggi


Lebih 400 Peserta Mengikuti Kursus Haji di Masjid As-Salam

Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana mengalu-alukan peserta kursus dan seterusnya merasmikan Kursus Asas Haji 2013

Bakal-bakal Haji dan Hajjah sedang tekun mendengar penerangan dari penceramah

Sabtu, Februari 09, 2013

Pelajar Genius Aulad dibawa melawat Masjid As-Salam sempena Sambutan Maulidur Rasul

Pelajar-pelajar kelihatan begitu ceria sekali bergambar di Bilik Pusat Sumber Masjid As-Salam
Ustaz Rashidi menyampaikan taklimat kepada pelajar-pelajar
 

Selasa, Februari 05, 2013

Program Imarah Masjid - Menyubur Ilmu, Membenih Cinta

 

Alhamdulillah… berkat izin-NYA, segala perancangan telah menjadi realiti.

Bertempat di Masjid As-Salam, Puchong Perdana, program IMARAH MASJID anjuran Karya Bestari @ Grup Buku Karangkraf bersama Majalah i @ Kumpulan Media Karangkraf ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan Masjid As-Salam, Puchong Perdana.

Jumaat, Februari 01, 2013

Kejohanan Bowling As-Salam meriah !!! ( 2 )

Hj Azmi Ghani, Timbalan Nazir MAPP (2 dari kanan) sedang bersiap sedia untuk memulakan permainan

AJK Surau Al-Ehsan Puchong Permai adalah diantara surau yang aktif di dalam kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana

Kejohanan Bowling As-Salam 2013 meriah !!! ( 1 )

Kejohanan Bowling berakhir dengan penuh meriah !!!

Syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah izin dan kurnianya, pimpinan Masjid As Salam Puchong Perdana (‘MAPP’) berjaya merealisasikan satu lagi aktiviti riadah khususnya untuk para anak kariah. 

Bertempat di Ampang Superbowl Puchong, IOI Mall pada 28 Januari 2013 (Isnin), satu Kejohanan Bowling As Salam 2013 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah.  Seramai 128 pemain dan penggemar sukan boling telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini.
Grab this Widget ~ Blogger Accessories