Rabu, Januari 02, 2013

Rombongan Lawatan daripada Masjid Qariah Kg Batu 10, Cheras

Puchong, 1 Januari 2013; Masjid As-Salam Puchong Perdana telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada AJK Masjid Qariah Kg Batu 10 Cheras. Rombongan lawatan yang diketuai oleh Tn Hj Razaly bin Hassan selaku Nazir masjid berkenaan telah dibawa melihat kemudahan dan prasarana yang ada di Masjid As-Salam.
 
Tuan Hj Yasim Mohamed selaku Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana telah menyampaikan taklimat yang komprehensif kepada semua anggota rombongan di bilik mesyuarat. Taklimat telah dimulakan dengan Tayangan video korporat dan video aktiviti di Masjid As-Salam.


Taklimat yang memakan masa selama 2 jam telah disusuli dengan sesi soal jawab tentang pengurusan masjid. Antara perkara yang dijelaskan oleh Tuan Nazir dalam taklimat ini ialah berhubung dengan hala tuju masjid, visi dan misi, dasar-dasar pengurusan untuk sesi tahun 2012 ~ 2015, skop kerja biro-biro, aktiviti pengimarahan dan perancangan tahunan masjid.
 
Program lawatan berakhir dengan solat zohor berjemaah dan jamuan makan tengah hari kepada semua anggota rombongan.
Taklimat telah disampaikan oleh Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana
Sesi soal jawab oleh En Shariff Mohd Din, Timbalan Nazir Masjid Qariah Batu 10 Cheras




Mohd Sayothi b. Mohd Daud, Bendahari Masjid Qariah Kg Batu 10, Cheras

Nazir As-Salam menyampaikan cenderahati kepada Hj Razaly, Nazir Masjid Kg Batu 10 Cheras 
Pertukaran cenderahati



Jamuan tengah hari kepada semua anggota rombongan

 
 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories