Isnin, Januari 28, 2013

Pengarah JAIS rasmikan Koperasi Kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana Berhad

 
Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana mengiringi Datuk Hj Marzuki b. Husin, Pengarah JAIS ke Dewan Serbaguna untuk merasmikan majlis 
Puchong, 14 Jan 2013, Masjid As Salam Puchong Perdana telah membuktikan bahawa institusi masjid bukan sahaja untuk kegiatan ibadah tetapi juga sebagai pusat kegiatan ekonomi bagi masyarakat setempat melalui penubuhan Koperasi Kariah Masjid As Salam Puchong Perdana Berhad.
Koperasi Masjid As Salam telah dirasmikan oleh Datuk Marzuki Hj Hussin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 13 Januari 2013


Majlis bermula dengan penerangan oleh Haji Azmi A. Ghani selaku Timbalan Nazir merangkap Pengerusi Biro Ekonomi dan Koperasi mengenai aktiviti-aktiviti ekonomi yang sedia ada dan perancangan koperasi.
Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As Salam dalam ucapan alu-aluannya menerangkan mengenai matlamat dan halatuju penubuhan koperasi. Antaranya ialah  untuk menjadikan Masjid As-Salam sebagai Pusat Komuniti dan "One Stop Center" untuk jemaah. 

Datuk Haji Marzuki memberi penekanan mengenai pelbagai aktiviti yang perlu dijalankan oleh masjid disamping peranan masjid dalam pembangunan ekonomi anak-anak kariah. Bagi pihak Jabatan Agama Islam Selangor, beliau sangat berbesar hati dengan penubuhan koperasi ini dan sedia menghulurkan kerjasama dan bantuan dalam memastikan Koperasi As-Salam ini dapat bergerak dengan baik dan lancar.

Mesyuarat Agong Koperasi yang pertama ini telah dipengerusikan oleh En Roslan Hanafiah dan dibantu oleh Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) , En Syahrul Aidil Mohamad Tajuddin. Seramai 50 orang ahli-ahli Koperasi telah menyertai Mesyuarat Agong ini dan mesyuarat tamat pada pukul 12.50 tengahari.
 
Tn Nazir menyampaikan ucapan pembukaan mengalu-alukan kehadiran anak kariah yang bakal menjadi ahli koperasi

Datuk Haji Marzuki b.Husin, Pengarah JAIS memberi ucapan dan merasmikan Mesyuarat Agong Pertama Koperasi Kariah Masjid as-Salam Puchong Perdana Berhad




 

 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories