Selasa, Januari 29, 2013

Lawatan daripada AJK Masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang

Rombongan Lawatan daripada Masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang Banting Kuala Langat pada 26.1.2013

Unit Nahi Mungkar Masjid As-Salam

Unit Nahi Mungkar Masjid As-Salam diketuai oleh Hj Ahmad b. Hassan dan En Harun b. Nayan

Isnin, Januari 28, 2013

Pengarah JAIS rasmikan Koperasi Kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana Berhad

 
Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana mengiringi Datuk Hj Marzuki b. Husin, Pengarah JAIS ke Dewan Serbaguna untuk merasmikan majlis 
Puchong, 14 Jan 2013, Masjid As Salam Puchong Perdana telah membuktikan bahawa institusi masjid bukan sahaja untuk kegiatan ibadah tetapi juga sebagai pusat kegiatan ekonomi bagi masyarakat setempat melalui penubuhan Koperasi Kariah Masjid As Salam Puchong Perdana Berhad.
Koperasi Masjid As Salam telah dirasmikan oleh Datuk Marzuki Hj Hussin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 13 Januari 2013

Ahad, Januari 27, 2013

PROGRAM “BACK TO SCHOOL 2013” MASJID AS SALAM PUCHONG PERDANA

 

Tuan Nazir Masjid As-Salam mengiringi Tn Hj Mohd Shariff Iskandar, Ketua Kampung Batu 14 menyampaikan sumbangan kepada peserta yang terlibat.
 
“Back to School 2013” merupakan program yang cukup menarik dan memberi makna kepada setiap anak yatim yang menghadiri program ini. Penganjurannya bertujuan untuk membantu meringankan beban penjaga anak-anak yatim ini dalam menghadapi musim persekolahan yang akan tiba nanti dengan memberi bantuan dari segi pembelian peralatan sekolah.

Melalui program yang diadakan ini jelas terpancar riak wajah gembira daripada anak-anak yatim ini. Kesemua mereka ini adalah anak-anak yatim yang telah didaftarkan dibawah Biro Kebajikan Masjid As Salam. Kata Pengerusinya, Encik Harun Nayan mereka ini rata-ratanya adalah kematian bapa dan datang dari keluarga berpendapatan rendah. Tambahnya lagi, program ini diadakan setiap tahun bermula dari tahun 2009 lagi.

Kursus Pra-Perkahwinan

Kursus Asas Haji Bersiri

Roadshow Stand Up For Gaza

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Rabu, Januari 02, 2013

Rombongan Lawatan daripada Masjid Qariah Kg Batu 10, Cheras

Puchong, 1 Januari 2013; Masjid As-Salam Puchong Perdana telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada AJK Masjid Qariah Kg Batu 10 Cheras. Rombongan lawatan yang diketuai oleh Tn Hj Razaly bin Hassan selaku Nazir masjid berkenaan telah dibawa melihat kemudahan dan prasarana yang ada di Masjid As-Salam.
 
Tuan Hj Yasim Mohamed selaku Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana telah menyampaikan taklimat yang komprehensif kepada semua anggota rombongan di bilik mesyuarat. Taklimat telah dimulakan dengan Tayangan video korporat dan video aktiviti di Masjid As-Salam.

Selasa, Januari 01, 2013

Forum Perdana Di Ambang Tahun 2013

 
Ahli Panel dari kiri: Ust Zamri Zainal Abidin, Hj Yasim Mohamed (Moderator), Dato' Seri Syed Zainal Abidin b. Syed Mohd Tahir
Grab this Widget ~ Blogger Accessories