Khamis, Disember 20, 2012

Nisa' Puchong anjur Program "Dare to Change" untuk beliawanis




“Dare to change” merupakan program yang dirangka untuk beliawanis di sekitar Puchong. Slot senamrobik selama sejam bermula pada pukul 8-9 pagi, di Balai Masyarakat Jalan Teratai, Puchong Perdana. Senamrobik yang dikendalikan oleh fitness instructor Pn Hanim Jofry telah dihadiri seramai 30 orang  peserta.  Pesera senamrobik yang berdaftar diberi sehelai T-shirt & sebotol mineral botol.
 

Manakala  pada pukul 9.00 pagi  di Masjid As-Salam telah berlangsung pendaftaran  Dare to Change, pemeriksaan kesihatan oleh PAPISMA dan juga pendaftaran  untuk cabutan bertuah. Seramai 76 orang peserta yang berdaftar telah diberi “goodies bag”.
 
Pada  pukul 10.15 pagi slot bual bicara dengan tajuk “Dare to Change” bermula . Panelis jemputan adalah ustazah Ros Izanuri dan selebriti Diana Amir. Manakala moderator bual bicara ialah Pn Nurzuriana. Tajuk menghijrahan kearah kebaikan dan usaha untuk istiqamah dijalan yang benar berjaya dikupas dengan sempurna, manakala ustazah banyak memberi tips serta doa yang sangat bermanfaat kepada peserta.
 
Seterusnya pada pukul 12.30 tengah hari slot hijab style mengisi ruang dengan menampilkan Butik Sayara Zehrat.  Pn Suryati selaku pemilik Butik Sayara Zehrat berkongsi tip kesihatan & kecantikan bersama peserta serta teknik pemakaian shawl yang ringkas dan menawan .
 
Seterusnya slot yang dinanti-nantikan oleh peserta ialah cabutan bertuah. Hadiah tajaan bernilai daripada RM50-RM120 merupakan sumbangan daripada syarikat, perniaga kecil serta individu. Seramai sepuluh peserta bertuah berjaya membawa pulang hadiah istimewa pada hari tersebut. Program berakhir pada pukul 2.00 petang.
 
Selaku penganjur program Nisa Puchong berharap agar peserta dapat memanfaatkan segala perkongsian ilmu yang diperolehi. Semoga program sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang.
  
 
Senamrobik di Balai Masyarakat Jalan Teratai Puchong Perdana.



Pemeriksaan kesihatan


 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories