Selasa, Disember 18, 2012

Masjid As-Salam menerima Rombongan Lawatan Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor

Rombongan daripada Biro Wanita Masjid Jamed Sultan Ibrahim Kuala Selangor
Puchong, 18 Disember 2012, Satu rombongan lawatan yang terdiri daripada 45 orang ahli daripada Biro Hal Ehwal Wanita Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor telah membuat kunjungan ke Masjid As-Salam Puchong Perdana semalam.
 
Menurut Pn Aziyan bt Mohd Yunus, Ketua Biro Hal Ehwal Wanita Masjid Sultan Ibrahim yang bertindak selaku Ketua Rombongan, tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli tentang pengurusan dan pengimarahan masjid yang terbaik.

Nazir Masjid As-Salam, Tn Hj Yasim Mohamed telah memberi taklimat dan penerangan serta mengendalikan sesi soal jawab berhubung dengan pengurusan masjid dan aktiviti pengimarahannya.
 
 
 



Tn Nazir menerima cenderahati daripada Pn Aziyan selaku Ketua Rombongan

 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories