Selasa, Disember 25, 2012

Laporan Kursus SPIES untuk belia

 
 
Masjid As Salam Puchong Perdana bersama BAHA Creative Consultants telah Berjaya mengadakan Kursus SPIES BELIA pada 22 Disember 2012.

Kursus SPIES anjuran Kerajaan Negeri Selangor bertujuan membentuk belia yang mempunyai jatidiri, berketrampilan sebagai pemimpin masa depan antara langkah bagi mewujudkan modal insan negeri Selangor.
 
Keceriaan dan semangat yang ditunjukkan olih peserta seramai 54 orang itu jelas tergambar dalam pelbagai reaksi semasa berlangungnya kursus tersebut. Fasilitator, En Baharom (Pak Om) dan Pn Azrai (Kak Long) berjaya membuatkan para peserta begitu bersemangat dan bermotivasi tinggi.
 
 Kursus berakhir dengan penyampaian sijil olih Timbalan Nazir Masjid As Salam, Hj Azmi A. Ghani.




 



Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories