Selasa, Disember 04, 2012

Laporan Kursus Pra-Perkahwinan di Masjid As-Salam

Peserta Kursus Pra-Perkahwinan 2.12.2012
 
Masjid As Salam buat julung kalinya berjaya mengadakan Kursus Pra Perkahwinan pada 1 – 2 Disember 2012. Masjid As Salam merupakan Masjid pertama yang diberi kebenaran dan kepercayaan penuh oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan kursus Pra Perkahwinan di premis Masjid As Salam.
 
Seramai 36 orang peserta yang merupakan anak kariah Masjid As Salam telah mengikuti Kursus Perkahwinan ini. Sebanyak tujuh sesi ceramah berkaitan dengan hal-ehwal perkahwinan telah disampaikan oleh para penceramah dari JAIS.
 
Majlis penutup dan sesi penyampaian sijil Kursus Perkahwinan telah disampaikan oleh Hj. Muhammad Sujak Bin Mohd Dasuki yang merupakan Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling







 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories