Rabu, Disember 19, 2012

Laporan Kem Remaja Inspirasi Al-Quran

Peserta Kem Remaja Inspirasi Al-Quran Masjid As-Salam Puchong Perdana
bergambar beramai-ramai sambil menunjukan Sijil Penyertaan.
Dibelakang  (tengah) Tuan Hj Yasim Mohamed (Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana,
(kanan) En Ery Sudirman Basri (Pengelola Program) dan Ustaz Mahmud(Pengarah Urusan Medina Consultant disebelah Kiri).
 


Kem Remaja Inspirasi Al-Quran anjuran  Masjid As-Salam dengan kerjasama dari Medina Consultant telah berjaya diadakan. Program selama 3 hari 2 malam telah menarik penyertaan seramai 70 orang peserta remaja yang berusia dari 10 hingga 15 tahun terdiri dari 25 peserta perempuan dan 45 peserta lelaki . Para peserta bermalam di Masjid As-Salam Puchong Perdana.

 


Para peserta terdiri dari anak-anak khariah Masjid As-Salam Puchong Perdana dan juga luar kawasan khariah MAPP. Di dalam program ini para peserta didedahkan dengan pelbagai bentuk aktiviti program yang berbentuk fisikal dan rohani.



 
Antara pengisian yang dibentangkan semasa Kem ini adalah, Islamic genius speaker, Al-Quran Motivasi Tertinggi  disampaikan oleh Imam Muda Asyraf , Seni dan Lagu dalam Al-Quran disampaikan oleh  Fakhrul Radhi AQ3, Anda Bijak Jauhi Zina, Cinta Allah, Cinta Rasul dan Cinta Tanggungjawab.

Para peserta juga berqiamulail, bersolat Dhuha dan sebagainya. Program ini Berjaya dengan disiplin para peserta yang baik diberikan disepanjang program ini.

 



  
Majlis penutup diadakan pada 10 Disember 2012 oleh Tuan Haji Yasim Mohamed Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana dengan penyampaian Sijil dan hadiah kepada para peserta.



Tuan Haji Yasim Mohamed Nazir MAPP menerima cenderahati dari Ustaz Mahmud Pengarah Medina Consultant
 



Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories