Isnin, Disember 31, 2012

Kata-kata Hikmah Salahuddin Al-Ayubi

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Jumaat, Disember 28, 2012

Sambutan Tahun Baru 2013




Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Khamis, Disember 27, 2012

Seminar Generasi Y

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Selasa, Disember 25, 2012

Laporan Kursus SPIES untuk belia

 
 
Masjid As Salam Puchong Perdana bersama BAHA Creative Consultants telah Berjaya mengadakan Kursus SPIES BELIA pada 22 Disember 2012.

Kursus SPIES anjuran Kerajaan Negeri Selangor bertujuan membentuk belia yang mempunyai jatidiri, berketrampilan sebagai pemimpin masa depan antara langkah bagi mewujudkan modal insan negeri Selangor.
 
Keceriaan dan semangat yang ditunjukkan olih peserta seramai 54 orang itu jelas tergambar dalam pelbagai reaksi semasa berlangungnya kursus tersebut. Fasilitator, En Baharom (Pak Om) dan Pn Azrai (Kak Long) berjaya membuatkan para peserta begitu bersemangat dan bermotivasi tinggi.
 
 Kursus berakhir dengan penyampaian sijil olih Timbalan Nazir Masjid As Salam, Hj Azmi A. Ghani.

Isnin, Disember 24, 2012

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434H di Surau As-Solihin Desa Idaman


Pada tarikh 1 Dec 2012(Sabtu) bersamaan 17 Muharam 1434H, AJK Surau As-Solihin Desa Idaman dengan kerjasama Maahad Tahfiz Al Haziq (MTAH), Taman Puchong Prima, telah menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434H bagi menyambut kedatangan tahun baru mengikut kalendar Islam khusus untuk ahli kariah dan seluruh penduduknya.

 Majlis telah dimulakan dengan solat Zohor berjemaah sejurus ketibaan adik-adik pelajar Maahad Tahfiz Al Haziq yang diiringi oleh Mudir MTAH, Ustaz Muhamad Afifi Bin Mohd Yatim Al Hafiz diikuti bacaan Doa Selamat bertempat di Surau As-Solihin Desa Idaman.

Khamis, Disember 20, 2012

Nisa' Puchong anjur Program "Dare to Change" untuk beliawanis




“Dare to change” merupakan program yang dirangka untuk beliawanis di sekitar Puchong. Slot senamrobik selama sejam bermula pada pukul 8-9 pagi, di Balai Masyarakat Jalan Teratai, Puchong Perdana. Senamrobik yang dikendalikan oleh fitness instructor Pn Hanim Jofry telah dihadiri seramai 30 orang  peserta.  Pesera senamrobik yang berdaftar diberi sehelai T-shirt & sebotol mineral botol.
 

Rabu, Disember 19, 2012

Laporan Kem Remaja Inspirasi Al-Quran

Peserta Kem Remaja Inspirasi Al-Quran Masjid As-Salam Puchong Perdana
bergambar beramai-ramai sambil menunjukan Sijil Penyertaan.
Dibelakang  (tengah) Tuan Hj Yasim Mohamed (Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana,
(kanan) En Ery Sudirman Basri (Pengelola Program) dan Ustaz Mahmud(Pengarah Urusan Medina Consultant disebelah Kiri).

Forum Dakwah Harmoni - menarik minat ramai !!!

Tuan Nazir bertindak selaku moderator bersama-sama dengan ahli panel Bro. Firdaus Wong Wai Hung dan Bro. Lim Jooi Soon

Selasa, Disember 18, 2012

Masjid As-Salam menerima Rombongan Lawatan Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor

Rombongan daripada Biro Wanita Masjid Jamed Sultan Ibrahim Kuala Selangor
Puchong, 18 Disember 2012, Satu rombongan lawatan yang terdiri daripada 45 orang ahli daripada Biro Hal Ehwal Wanita Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor telah membuat kunjungan ke Masjid As-Salam Puchong Perdana semalam.
 
Menurut Pn Aziyan bt Mohd Yunus, Ketua Biro Hal Ehwal Wanita Masjid Sultan Ibrahim yang bertindak selaku Ketua Rombongan, tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli tentang pengurusan dan pengimarahan masjid yang terbaik.

Jumaat, Disember 14, 2012

Senamrobik bersama Nisa' Puchong

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Khamis, Disember 13, 2012

Rabu, Disember 12, 2012

Kursus SPIES untuk belia - Percuma !!!



Masjid As-Salam menerima 2 rombongan lawatan

 
 
Puchong, 9 December 2012, Masjid As-Salam menerima 2 rombongan lawatan /tetamu daripada Masjid Nurul Alaniah Pekan Sekinchan dan Masjid Jamiil Huda Ampang. Didalam Program yang diadakan ini,Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana telah memberi penerangan tentang pengurusan Masjid As-Salam dan program pengimarahan sepanjang tahun.

Jumaat, Disember 07, 2012

Liputan Program E-Learning oleh TV9 di Masjid As-Salam




 
Rabu, 5 Disember 2012 bersamaan 21 Muharram 1434H telah diadakan Liputan Program E-Learning di Pusat Sumber Masjid As-Salam Puchong Perdana oleh TV9. Liputan ini adalah kesinambungan daripada sesi temuramah dengan Nazir Masjid, Tuan Haji Yasim Mohamed semasa program Raudah Di Hatiku bersama TV9 yang telah diadakan pada 13 Oktober 2012 lalu. Dalam temuramah tersebut, Tuan Nazir ada memohon supaya TV9 dapat mewar-warkan kelas E-Learning kepada masyarakat luar, sekaligus memohon sumbangan supaya Program E-Learning ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

Selasa, Disember 04, 2012

Laporan Kursus Pra-Perkahwinan di Masjid As-Salam

Peserta Kursus Pra-Perkahwinan 2.12.2012
 
Masjid As Salam buat julung kalinya berjaya mengadakan Kursus Pra Perkahwinan pada 1 – 2 Disember 2012. Masjid As Salam merupakan Masjid pertama yang diberi kebenaran dan kepercayaan penuh oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan kursus Pra Perkahwinan di premis Masjid As Salam.
 
Seramai 36 orang peserta yang merupakan anak kariah Masjid As Salam telah mengikuti Kursus Perkahwinan ini. Sebanyak tujuh sesi ceramah berkaitan dengan hal-ehwal perkahwinan telah disampaikan oleh para penceramah dari JAIS.
 
Majlis penutup dan sesi penyampaian sijil Kursus Perkahwinan telah disampaikan oleh Hj. Muhammad Sujak Bin Mohd Dasuki yang merupakan Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling
Grab this Widget ~ Blogger Accessories