Rabu, November 07, 2012

Program Ziarah Muallaf Global Sesi Kedua


Nur Amalin Binti Abdullah (ketiga dari kiri) beserta dengan anak lelaki beliau yang (berbaju T hijau) bergambar bersama-sama dengan Skuad Mesra Ziarah Muallaf
Pada 3hb November 2012 bersamaan 18 Zulhijjah 1433 H, Program Ziarah Muallaf anjuran bersama Badan Dakwah Daerah Petaling, Unit Pembangunan Muallaf, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling dan Masjid As-Salam Puchong Perdana telah diadakan.  Program bemula dengan kesemua Urusetia berkumpul di Masjid As-Salam Puchong Perdana sebelum bergerak ke rumah-rumah Saudara baru, diketuai oleh Ustaz Muhammad Bin Busu dari Badan Dakwah Daerah Petaling.

Seramai 14 orang Saudara Baru telah terlibat dalam Program ini. Program dilaksanakan pada 2 tarikh yang berbeza iaitu pada 3hb November 2012 dan tarikh seterusnya dicadangkan pada 10hb November 2012.  Peserta saudara baru yang terlibat ialah:-

1.       Nur Amalin Binti Abdullah                        Bandar Kinrara
2.       Shara Chong Bin Abdullah                        Kinrara Industrial Park
3.       Siti Hajar Binti Abdullah                           Sri Dahlia Apartment Laman Puteri Bandar Puteri
4.       Stephanie Siti Umairah                             Jalan Kempas, Kampung Tengah A
5.       Muhammad Leong Abdullah                   Bandar Bukit Puchong
6.       Nuraini Annalyn Binti Abdullah               Ristra Villa Putra Perdana Puchong
7.       Mohd Firdaus Leong Bin Abdullah         Taman Puchong Intan
8.       Zainuddin Abdullah                                   Taman Puchong Permai
9.       Nur Saffiya Binti Mohd Jefery                 Pangsa Puri Seroja Puchong Indah
10.   Nur Qasih Amalina Binti Maginsum       Flat Puchong Perdana
11.   Lidwina Binti Mardis                                 Pangsapuri Melur
12.   Muhammad Alif Firdaus Bin Ronald      Sri Anggerik Pusat Bandar Puchong
13.   Muhammad Bin Abdullah                        Melati Apartment Pusat Bandar Puchong
14.   Nurshafira Binti Ali Mawir                       Batu 12, Jalan ¾ Puchong Perdana


Puan Stephanie Siti Umairah bertudung merah bergambar bersama dengan Urusetia

Tujuan program diadakan:
  • untuk mengumpul maklumat mengenai saudara baru
  • membantu saudara baru mengeratkan hubungan silaturrahaim dengan jemaah
Ahli Jawatankuasa yang terlibat sebagai urusetia adalah Encik Harun Nayan Ketua Biro Kebajikan MAPP, Puan Hajjah Norakmar Re Ketua Biro Muslimat MAPP, Puan Norizan Sulaiman AJK Biro Muslimat dan Encik Ery Sudirman Basri Pegawai Khas Nazir MAPP.

Penyampaian sumbangan berupa Hamper, Beras dan Plaque berbentuk Sijil Penyertaan disampaikan oleh Ustaz Muhammad Bin Busu dari Bahagian Dakwah Daerah Petaling.


Encik Muhammad Leong bersama-sama dengan Isteri dan anak-anal beliau bergambar dengan Skuad Mesra Mualaf

Puan Nur Saffiyah bersama Suami menerima plaque berbentuk Sijil Penyertaan dari Puan Hajjah Norakmar Ketua Biro Muslimat Masjid As-Salam Puchong Perdana

 

Encik Mohd Firdaus Leong Abdullah menerima sumbangan Wang Tunai dari Ustaz Muhammad Busu

Skuad Mesra Ziarah Mualaf sempat bergambar dengan Encik Mohd Firdaus Leong. Encik Mohd Firdaus merupakan seorang mekanik


Cik Nur Qasih Amalina Maginsum dari suku kaum Iban (dua dari kanan) memeluk Islam hampir setahun lalu sempat bergambar dengan Skuad Mesra Ziarah Mualaf.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories