Ahad, November 04, 2012

Perjumpaan Khas Nazir As-Salam bersama AJK surau-surau di Kariah MAPP



Satu Perjumpaan Khas antara Nazir As-Salam dengan semua ahli jawatan kuasa surau-surau di kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana telah diadakan pada 3 November 2012 semalam.
 
Perjumpaan ini merupakan pertemuan tahunan untuk mengetahui permasalahan yang berlaku di surau masing-masing. Dalam majlis ini Tuan Haji Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana telah menyampaikan beberapa maklumat berhubung dengan perkembangan yang berlaku yang melibatkan Masjid As-Salam dan surau-surau dibawahnya.


Antara perkara yang disentuh oleh Tuan Nazir ialah berhubung masalah komunikasi, prestasi ajk surau-surau, laporan bulanan, semangat kerjasama, Pemilihan jawatankuasa baru sesi 2013~2015 dan keahlian dalam PIMPINAN Selangor.
 
Mengakhiri majlis Tuan Nazir telah menyampaikan sumbangan dwi-tahunan kepada semua surau-surau. 
 



 
 






 




Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories