Ahad, November 11, 2012

Pelajar UiTM buat penyelidikan di Pusat Sumber Masjid As-Salam

 
 
Puchong, 9 November 2012, Sekumpulan pelajar UiTM Program Sarjana Muda Sains Pengurusan Pusat Sumber, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana Shah Alam telah hadir membuat kajian di Pusat Sumber Masjid As-Salam Puchong Perdana.
 
Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti bahan-bahan yang terdapat di Pusat Sumber, cara pengurusan dan masalah yang dihadapi oleh Pusat Sumber Masjid As-Salam Puchong Perdana.



Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana telah membantu pelajar-pelajar dengan memberi penerangan berhubung pengurusan Pusat Sumber dan menjelaskan tentang permasalahan dan cabaran yang dihadapi serta mengemukakan penyelesaian kepada permasalahan ini.
 
Pelajar-pelajar UiTM yang terlibat dalam kajian ini ialah:
  1. Noor Razia bt Smardin
  2. Nurul Syaheda bt Mustafa Kamar
  3. Norsakirah bt Othman
  4. Kartini Suriani bt Mat Ali
  5. Siti Zulaikha bt Mohd Zainol Abidin 
 
 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories