Selasa, November 27, 2012

Bukan Melayu sertai Program Khatan Perdana di Masjid As-Salam

 

Musim cuti sekolah datang lagi dan aktiviti yang paling popular sepanjang musim ini adalah kenduri kahwin dan berkhatan.
 
Dalam usaha meneruskan tradisi membentuk jalinan masyarakat pelbagai kaum yang sangat sinonim dengan Masjid As-Salam, Program Khatan Perdana antara kaum telah diadakan Sabtu lalu. Khatan biasanya adalah majlis yang biasa bagi orang Melayu tetapi Masjid As-Salam buat julung kalinya menjemput dan melibatkan kaum India dan Cina dalam Program Khatan Perdana tahun ini.

Jumaat, November 23, 2012

Karnival Kemanusiaan "Tangisan Gaza" bersama Kumpulan Rabbani

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Ahad, November 18, 2012

Sumbangan jemaah untuk pembangunan Pesantren Tahfiz di Jawa Barat

Tuan Nazir menyerahkan sumbangan RM3,675.00 (kutipan daripada jemaah) kepada Sheikh Ali pada 16.11.2012 untuk pembangunan Pesantren Tahfiz Al-Asykar di Puncak, Jawa Barat.

Lawatan Muhibbah ke Malaysia Hindu Sangam Puchong Council

Tuan Nazir bersama-sama dengan AJK Masjid As-Salam membuat kunjungan muhibbah ke Pejabat Malaysia Hindu Sangam Cawangan Puchong di Puchong Intan pada 17.11.2012

Jumaat, November 16, 2012

Jom !!! ikuti kuliah Maghrib Sheikh Ali Salleh Jabeer di Masjid As-Salam 16.11.2012


Kuliah Maghrib Perdana
 
Sheikh Ali Salleh bin Muhammad Ali Jabeer
Imam Besar
Masjid Al-Muttaqqin, Cakranegara
Lombok, Indonesia
Tarikh:  16 November 2012
Semua dijemput hadir

Khamis, November 15, 2012

Kelebihan Berkhatan

 



MUSIM cuti sekolah sudah tiba. Kanak-kanak melompat gembira kerana cuti persekolahan hujung tahun agak panjang. Berbagai rancangan telah diatur ibu bapa agar cuti kali ini memberi manfaat kepada anak-anak. Namun, sesetengah kanak-kanak lelaki mula gementar lutut apabila mereka diatur untuk berkhatan di musim cuti sekolah ini.
 

Laporan Program: "Parenting Talkshow": Ibu ayah relax.... anak ke mana?

 
 
Pada 3 November 2012 bersamaan hari Sabtu, Biro Hal Ehwal Wanita Masjid As-Salam (BHEW MASPP) dan Badan Kebajikan Wanita Selangor (BAKEWANIS) telah menganjurkan suatu program iaitu ‘Parenting Talk Show’ dengan tajuk Ibu bapa ‘relax’...anak ke mana? Program ini telah dijalankan secara santai di ruang lobi masjid bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari dengan kehadiran 48 orang terdiri daripada Ibu bapa dan anak remaja.

Rabu, November 14, 2012

Lawatan Biro Muslimat Masjid As-Salam ke Surau Al-Khautsar Pangsa Perdana

Ketua Biro Muslimah Masjid As-Salam, Pn Hajjah Norakmar telah mengetuai lawatan ke Surau Al-Khautsar Pangsa Perdana

Selasa, November 13, 2012

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus di Masjid As-Salam

Presiden IPSI membuka minda jemaah berhubung kepentingan dakwah kepada non-muslim

Bro. Kamarudin b. Abdullah, President IPSI (Islamic Propogation Society International) bergambar bersama dengan AJK sebaik saja selesai Program Harmoni berhubung Kristianiti pada 11.11.2012

Isnin, November 12, 2012

Mesyuarat Persiapan Kempen Kemanusiaan Tangisan Gaza bersama Kumpulan Rabbani


Puchong, 9 November 2012;  Mesyuarat persiapan Kempen Kemanusiaan Tangisan Gaza sedang giat berjalan. Program Kempen Kemanusiaan Tangisan Gaza ini adalah Program usahasama anjuran Masjid As-Salam Puchong Perdana, PIMPINAN (Persatuan Imam dan Pegawai Masjid Negeri Selangor), MAPIM ( Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) dan Kolej Astin.

Ahad, November 11, 2012

Program Remaja: Himpunan 1000 Jiwa

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Pelajar UiTM buat penyelidikan di Pusat Sumber Masjid As-Salam

 
 
Puchong, 9 November 2012, Sekumpulan pelajar UiTM Program Sarjana Muda Sains Pengurusan Pusat Sumber, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana Shah Alam telah hadir membuat kajian di Pusat Sumber Masjid As-Salam Puchong Perdana.
 
Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti bahan-bahan yang terdapat di Pusat Sumber, cara pengurusan dan masalah yang dihadapi oleh Pusat Sumber Masjid As-Salam Puchong Perdana.


Jutaan Terima Kasih kepada Sukarelawati

  
  Puchong, 3 November 2012,  empat orang pelajar Tingkatan Enam dari SMK Puchong Perdana telah datang ke Masjid As-Salam menawarkan diri untuk memberi khidmat secara sukarela membantu membersih dan mengemaskan Pusat Sumber MAPP
 
Pelajar tersebut adalah Syarmila Atika Bt. Nor Zaini, Siti Nor Farhana Bt Sewardi, Nurul Syafiqa Bt Buang dan Nurul Fatin Atiqah Bt. Meor Kamarulzaman Shah

Rabu, November 07, 2012

Program Ziarah Biro Wanita Masjid As-Salam ke surau-surau


LAPORAN AKTIVITI ZIARAH BIRO HAL EHWAL WANITA MASJID AS-SALAM PUCHONG PERDANA KE BIRO HAL EHWAL WANITA SURAU-SURAU DI BAWAH KARIAH MASJID AS-SALAM

Tarikh : 20 September 2012
Masa : 9.30 malam
Tempat : Surau Ra’ayah Puchong Permai
Surau : Surau Ra’ayah Puchong Permai

Kehadiran AJK BHEW MASPP:
1. Hjh. Noorakmar Re
2. Norrahmayati Nawawi
3. Mastura Othman
4. Norizan Sulaiman
5. Jamaaiah Jaafar
6. Fuziah Maaseh
7. Hamidah Taslin

Program Ziarah Muallaf Global Sesi Kedua


Nur Amalin Binti Abdullah (ketiga dari kiri) beserta dengan anak lelaki beliau yang (berbaju T hijau) bergambar bersama-sama dengan Skuad Mesra Ziarah Muallaf
Pada 3hb November 2012 bersamaan 18 Zulhijjah 1433 H, Program Ziarah Muallaf anjuran bersama Badan Dakwah Daerah Petaling, Unit Pembangunan Muallaf, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling dan Masjid As-Salam Puchong Perdana telah diadakan.  Program bemula dengan kesemua Urusetia berkumpul di Masjid As-Salam Puchong Perdana sebelum bergerak ke rumah-rumah Saudara baru, diketuai oleh Ustaz Muhammad Bin Busu dari Badan Dakwah Daerah Petaling.

Seramai 14 orang Saudara Baru telah terlibat dalam Program ini. Program dilaksanakan pada 2 tarikh yang berbeza iaitu pada 3hb November 2012 dan tarikh seterusnya dicadangkan pada 10hb November 2012.  Peserta saudara baru yang terlibat ialah:-

Isnin, November 05, 2012

Kekosongan jawatan sebagai Imam (Pegawai Masjid)

Masjid As-Salam Puchong Perdana mempelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan berikut:

Imam Sepenuh Masa (Pegawai Masjid)

Syarat dan kelayakan

1) Seorang huffaz / bacaan Al-Quran yang mantap (Satu keutamaan)

2) Pemegang sijil/ diploma/ Ijazah dalam bidang berkaitan

3) Kebolehan berkomunikasi dengan baik

4) Kebolehan menggunakan komputer

5) Seorang yang bermotivasi tinggi

Ahad, November 04, 2012

Perjumpaan Khas Nazir As-Salam bersama AJK surau-surau di Kariah MAPP



Satu Perjumpaan Khas antara Nazir As-Salam dengan semua ahli jawatan kuasa surau-surau di kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana telah diadakan pada 3 November 2012 semalam.
 
Perjumpaan ini merupakan pertemuan tahunan untuk mengetahui permasalahan yang berlaku di surau masing-masing. Dalam majlis ini Tuan Haji Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana telah menyampaikan beberapa maklumat berhubung dengan perkembangan yang berlaku yang melibatkan Masjid As-Salam dan surau-surau dibawahnya.

Jumaat, November 02, 2012

Suasana agihan daging korban di Surau Al-Ehsan Puchong Permai

Tuan Nazir turun padang mengagihkan daging-daging korban di Surau Al-Ehsan Puchong Permai pada 28.10.2012

Khamis, November 01, 2012

Grab this Widget ~ Blogger Accessories