Rabu, Oktober 10, 2012

Program Raudhah dihatiku ......... dibalik tabir

 
 

Jam di dinding pejabat Masjid As Salam sudah menunjukkan detik 10.00 malam.  Umumnya, pada detik sebegini, ramai sudah berada di rumah bersantai bersama keluarga, menonton rancangan kegemaran di TV, melayari internet atau sudah berkira-kira untuk masuk tidur kerana esok adalah hari bekerja.
Namun, di sebalik rutin harian ini, masih ada sekelompok manusia yang memilih dan berkorban diri untuk terus berada di masjid agar tugasan-tugasan berkaitan dengan penganjuran program ‘Raudhah di Hatiku’ berjalan lancar, diperhalusi, dikemas kini dan dilihat secara dekat perkembangannya.



Catatan penulis pada ketika itu, AJK Pelaksana semuanya punya tugasan dan perbincangan tersendiri berkaitan pertandingan tarik tali, pertandingan treasure hunt, pengesahan dan susun atur gerai berniaga, pertandingan nasyid, urusan uniform RELA dan sebagainya.  Turut ada pada ketika itu adalah rakan-rakan dari Kelab Puchong Bikers.  Moga Allah memberi mereka ini sebaik-baik ganjaran dan kekuatan untuk meneruskan kerja amal sebegini selagi hayat dikandung badan, insyaAllah.
Biarlah beberapa foto di bawah ini berbicara sendiri tentang kerja-kerja di balik tabir program berskala besar ini.

 

 




 
Catatan Selasa, 9 Oktober 2012, 10.00 malam.                                                                                    ROSLAN HANAPIAH                                                                                                                                                 Pengerusi BBR

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories