Isnin, Oktober 15, 2012

Program Raudhah Dihatiku bersama TV9 meriah !!! (1)

 

Nazir Masjid As-Salam, Tn Hj Yasim Mohamed menjadi tetamu khas dalam Segmen Nasi Lemak Kopi O TV9 yang bersiaran secara lansung dari masjid ini

Puchong, 13 Oktober 2012;  Program Raudhah Dihatiku TV9 di Masjid As-Salam Puchong Perdana berjalan dengan penuh meriah dan telah mendapat sambutan luar jangkaan dikalangan penduduk setempat. Program yang bermula seawal 7:00pagi dengan siaran secara langsung Program "Tanyalah Ustaz" yang bersiaran di TV9.

Dianggarkan lebih 8,000 pengunjung hadir di Program ini. Menurut sumber dari TV9, Program Raudhah Dihatiku di Masjid As-Salam ini merupakan lokasi yang terakhir untuk Raudhah Dihatiku TV9 musim ini. Lokasi sebelum ini ialah di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati dan Masjid Al-Falah USJ 9.

Tujuan Program Raudhah Dihatiku TV9 ini diadakan adalah untuk mendekatkan orang ramai khususnya golongan remaja dan belia dengan masjid dan sekaligus masjid diimarahkan.
Diantara aktivi yang diadakan sepanjang program ini berlansung adalah seperti Pertandingan Tarik Tali, Arm Wrestling, Pertandingan Memasak dan Pertandingan Nasyid, Treasur hunt. Acara lain adalah seperti Pameran daripada PDRM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pertunjukan Motosikal Berkuasa Tinggi dan lain-lain.


Pintu Gerbang Raudhah Dihatiku berdiri megah menyambut tetamu yang datang

Dalam temu-bualnya di segmen Nasi Lemak Kopi O TV9, Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana menjelaskan tentang penubuhan Pusat Pemikiran Kreatif dan E-Learning di Masjid ini. Selaku Yang Dipertua  PIMPINAN Negeri Selangor (Persatuan Nazir-nazir, imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor), beliau mengharapkan semua masjid-masjid mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan aktiviti di masjid supaya remaja dan belia dapat bersama-sama dalam program pengimarahan masjid.


Crew TV9 sibuk dengan tugas masing-masing
 
En Mohd Norafizan b Ibrahim, Pengarah Program (berbaju hitam) memastikan program berjalan dengan baik dan lancar
 
Sebahagian peserta muslimah dalam Program Tanyalah Ustaz


 





Diantara kumpulan Nasyid yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Nasyid



Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) banyak membantu memastikan aktiviti yang dirancang berjalan dengan baik

AJK masjid dari kiri:  Faizal Haye, Hj Azmi Ghani (Timbalan Nazir), Husin Asran terus membuat pemantauan untuk memastikan semua acara berjalan dengan baik

Anggota RELA Masjid As-Salam kelihatan begitu ceria memberi khidmat kepada anak kariah



Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories