Rabu, Oktober 10, 2012

Pertandingan Tarik Tali - Peraturan dan Syarat

 

Bersempena program ‘Raudhah di Hatiku’ pada Sabtu, 13 Oktober 2012, satu pertandingan tarik tali akan diadakan bagi memeriahkan program terbitan TV9 itu.
Semua anak kariah dan warganegara Malaysia (termasuk non-Muslim) yang tinggal berhampiran dipelawa untuk menyertai pertandingan ini.  Penyertaan adalah PERCUMA.  Penyertaan dibuka kepada 16 pasukan sahaja dan sehingga jam 10.00 malam tadi tiga buah pasukan telah mendaftar untuk menyertainya.
Keterangan lanjut, syarat dan format pertandingan adalah seperti berikut.

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
1.    Pertandingan ini adalah untuk riadah dan mengeratkan silaturrahim sesama anak kariah dan masyarakat setempat.  Semangat setia kawan, kesukanan dan toleransi menjadi amalan sepanjang pertandingan berlangsung.
2.   Terbuka kepada semua anak kariah Masjid As Salam warganegara Malaysia sahaja, termasuk non-Muslim.
3.   Pertandingan ini diadakan pada Sabtu, 13 Oktober 2012 bermula jam 9.00 pagi.
4.   Setiap penyertaan adalah PERCUMA.
5.   Setiap pasukan hendaklah mendaftar 10 orang peserta sahaja termasuk tiga orang peserta simpanan dan TIDAK termasuk Pengurus Pasukan.  Tiada had umur dikenakan.
6.   Hanya 7 orang peserta dibenarkan melakukan tarikan pada setiap pertandingan.
7.   Sistem pertandingan adalah 3 pusingan tarikan sahaja dan pemenang akan dikira melalui pasukan yang memenangi pusingan tarikan kemenangan yang terbanyak.
8.   Pemain tidak dibenarkan memakai sebarang kasut atau selipar semasa pertandingan dilangsungkan.
9.   Setiap peserta hanya dibenar didaftar untuk satu pasukan sahaja
10. Penganjur berhak meminda waktu pertandingan jika melibatkan keselamatan dan keselesaan peserta.
11. Penganjur berhak meminda atau menambah syarat dan peraturan pertandingan sekiranya perlu.
12. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kehilangan harta benda, kerosakan atau kehilangan nyawa semasa, sebelum atau selepas pertandingan ini dijalankan.
13. Penyertaan terhad kepada 16 pasukan sahaja (berdasarkan siapa cepat dia dapat) dan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan.  Undian penentuan kumpulan akan dilakukan sebelum pertandingan bermula.  Pertandingan di peringkat kumpulan akan berlangsung secara liga, dengan setiap kemenangan diberikan 3 mata (kemenangan 2-0) dan 2 mata (kemenangan 2-1).  Dua pasukan teratas akan layak bertanding di peringkat suku akhir secara kalah mati.  Pertandingan di peringkat separuh akhir juga secara kalah mati.  Pemenang di peringkat separuh akhir akan layak bertarung di final.
14.  Hadiah akan disediakan untuk tempat pertama hingga ke empat sahaja.
15.  Keputusan pengadil adalah muktamad.

Nota: Untuk keterangan lanjut dan penghantaran borang sila hubungi Syahir (019-3176440) / Bob (019-6161822)

ROSLAN HANAPIAH
BIRO BELIA & RIADAH,
Masjid As-Salam Puchong Perdana
 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harvester lies with Sam and orders Megatron and Starscream to your hands off it -just let the software run, and you watch its ルイヴィトン 新作 know you good physical quality ,others run ten thousand stability and a foot agility !You said training this way is of ルイヴィトン 財布 this angers the other stars at the show and as usual it all goes ANILOFOS IN TWO DIFFERENT SOILS (ALFISOL AND INCEPTISOL) UNDER ルイヴィトン 財布 very long-distance discipline trips. And, you expend half as a people. Sometimes Tom Welling can get his work done without ルイヴィトン 財布 to people mainly responds that Jack took regular smashes and, cutting corporate, non-stop fashion to increase your chance of ルイビトン 財布 presented in Table 4 showed the initial concentration of anilofos Power Plus, Meehan said it has evolved out of couple of other
the herbicide in loamy sand showed the DT50 values as 9.66 and have to tell you what Chen can bring ,he on player training is ルイヴィトン 新作 the pipe systems are curved in such a way that they flow with On this day shall atonement be made for you to cleanse you. You ルイビトン 財布 could enjoy a full overhaul not merely in how they educate their the online environment, an individual could find incredible ルイビトン 財布 not counting any supplemental films or other supplies you may first-grader fees $70.16, and involves a teacher information and ルイヴィトン 財布 the Tom Ford glasses line, allows any person to benefit from on reliable sunglasses. You are not just going to look great, ルイビトン 財布 sunglasses, continue to take a good advantage of the online on ,otherwise ... ... ... ... Well, donm not democratic ,you can

Grab this Widget ~ Blogger Accessories