Isnin, Oktober 29, 2012

Kelas Pra-Tahfizul Quran untuk remaja

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Ahad, Oktober 28, 2012

Penyucian Jiwa Di Tanah Suci Makkah & Madinah

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas


Marli Travel & Tours Sdn Bhd Merupakan Agensi Pelancongan yang Berdaftar
Dengan Kementerian Pelancongan KPL/LN : 5338. Sebuah Syarikat Milik Penuh
100% Bumiputera yang Ditubuhkan Pada 14 Februari 2008. Beroperasi di Lot
9891, Jalan BBN 1/3J, Putra Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan.

Jadual Umrah 2013 : 12Hari 10Malam

Penerbangan Eagle Air (Kapal Terbang Sewa Khas (MAS)Malaysia Airlines)
Penerbangan Terus Tanpa Transit( KLIA - Jeddah/Madinah - KLIA)
Makan 3 Kali Sehari (Sarapan & Makan Tengahari & Makan Malam)

Jumaat, Oktober 26, 2012

Intipati Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Nazir Masjid As-Salam pada 26/10/2012



 
Zikrul Maut Menjana Keinsafan
 
Kehidupan kita di dunia ini bermula dengan dilahirkan daripada rahim ibu. Kemudian, setelah kita hidup beberapa lama yang ditentukan Allah SWT, kita akan menemui ajal yang tidak boleh dielakkan, di mana kematian akan menjemput setiap yang bernyawa.
          
Sesungguhnya perjalanan menuju hari akhirat merupakan suatu perjalanan yang panjang, berliku-liku, banyak halangan dan cabaran. Untuk menempuhnya, kita memerlukan suatu perjuangan dan pengorbanan, bagi  menentukan, apakah kesudahan kita, sama ada sebagai penghuni syurga atau neraka.
 
Perjalanan ke akhirat itu dimulai dengan kematian, kemudian bersemadi di alam barzakh (kubur). Seterusnya dibangkitkan di alam akhirat.
 
Meninjau peristiwa ketika nyawa dicabut oleh malaikat maut, nafas kita tersekat-sekat, mulut terkunci dan anggota badan lemah longlai. Hanya kedengaran tangisan dan rintihan isteri-isteri, anak-anak dan sanak-saudara yang bakal ditinggalkan. Pada saat itu, tiada yang boleh menolong kita. Walaupun di sisi kita ada doktor pakar, ulama' tersohor atau orang kenamaan yang disegani. Namun, mereka tiada daya dan upaya untuk menyelamatkan kita daripada sakaratul maut.

Ahad, Oktober 21, 2012

Program Raudhah Dihatiku TV9 bersiaran dari Masjid As-Salam Puchong Perdana

Untuk menonton, sila klik imej dan register. Follow the instructions.

 

Jumaat, Oktober 19, 2012

Khamis, Oktober 18, 2012

Pesta Buku mendekatkan anak muda ke masjid

 
Pesta Buku di Masjid As-Salam mendekatkan orang ramai  khususnya anak muda ke masjid

Rabu, Oktober 17, 2012

Lagi suasana Program Raudhah Dihatiku Bersama TV9


Acara Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak


Selasa, Oktober 16, 2012

Pertandingan Memasak Sempena Program Raudhah Dihatiku TV9

Para peserta pertandingan bergambar dengan hasil masakan masing-masing

Program Raudhah Dihatiku Bersama TV9 meriah !!! (3)

Pameran Motosikal Berkuasa Tinggi

Isnin, Oktober 15, 2012

Program Raudhah Dihatiku bersama TV9 meriah !!! (2)

Persembahan Combat Dance oleh Pasukan RELA Daerah Petaling

Program Raudhah Dihatiku bersama TV9 meriah !!! (1)

 

Nazir Masjid As-Salam, Tn Hj Yasim Mohamed menjadi tetamu khas dalam Segmen Nasi Lemak Kopi O TV9 yang bersiaran secara lansung dari masjid ini

Puchong, 13 Oktober 2012;  Program Raudhah Dihatiku TV9 di Masjid As-Salam Puchong Perdana berjalan dengan penuh meriah dan telah mendapat sambutan luar jangkaan dikalangan penduduk setempat. Program yang bermula seawal 7:00pagi dengan siaran secara langsung Program "Tanyalah Ustaz" yang bersiaran di TV9.

Dianggarkan lebih 8,000 pengunjung hadir di Program ini. Menurut sumber dari TV9, Program Raudhah Dihatiku di Masjid As-Salam ini merupakan lokasi yang terakhir untuk Raudhah Dihatiku TV9 musim ini. Lokasi sebelum ini ialah di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati dan Masjid Al-Falah USJ 9.

Tujuan Program Raudhah Dihatiku TV9 ini diadakan adalah untuk mendekatkan orang ramai khususnya golongan remaja dan belia dengan masjid dan sekaligus masjid diimarahkan.
Diantara aktivi yang diadakan sepanjang program ini berlansung adalah seperti Pertandingan Tarik Tali, Arm Wrestling, Pertandingan Memasak dan Pertandingan Nasyid, Treasur hunt. Acara lain adalah seperti Pameran daripada PDRM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pertunjukan Motosikal Berkuasa Tinggi dan lain-lain.

Sabtu, Oktober 13, 2012

Ibadah Qurban: Hikmah & Pengenalan


Hikmah-hikmah ibadah Qurban
  • Melatih diri untuk berkorban untuk perkara kebaikan
  • Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak
  • Tanda kesyukuran di atas nikmat pemberian Allah
  • Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
  • Mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia boleh memupuk semangat pengorbanan terhadap diri dan masyarakat
  • Mengembirakan fakir miskin dengan pemberian daging Qurban
  • Merapatkan silaturrahim di kalangan umat Islam

Rabu, Oktober 10, 2012

Pertandingan Tarik Tali - Peraturan dan Syarat

 

Bersempena program ‘Raudhah di Hatiku’ pada Sabtu, 13 Oktober 2012, satu pertandingan tarik tali akan diadakan bagi memeriahkan program terbitan TV9 itu.
Semua anak kariah dan warganegara Malaysia (termasuk non-Muslim) yang tinggal berhampiran dipelawa untuk menyertai pertandingan ini.  Penyertaan adalah PERCUMA.  Penyertaan dibuka kepada 16 pasukan sahaja dan sehingga jam 10.00 malam tadi tiga buah pasukan telah mendaftar untuk menyertainya.
Keterangan lanjut, syarat dan format pertandingan adalah seperti berikut.

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Program Raudhah dihatiku ......... dibalik tabir

 
 

Jam di dinding pejabat Masjid As Salam sudah menunjukkan detik 10.00 malam.  Umumnya, pada detik sebegini, ramai sudah berada di rumah bersantai bersama keluarga, menonton rancangan kegemaran di TV, melayari internet atau sudah berkira-kira untuk masuk tidur kerana esok adalah hari bekerja.
Namun, di sebalik rutin harian ini, masih ada sekelompok manusia yang memilih dan berkorban diri untuk terus berada di masjid agar tugasan-tugasan berkaitan dengan penganjuran program ‘Raudhah di Hatiku’ berjalan lancar, diperhalusi, dikemas kini dan dilihat secara dekat perkembangannya.


Selasa, Oktober 09, 2012

Program Raudhah dihatiku Bersama TV9

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Isnin, Oktober 08, 2012

Ahad, Oktober 07, 2012

Jumaat, Oktober 05, 2012

Galeri Photo 3

Rombongan daripada Masjid Felda Kratong 1, Pahang

Rombongan lawatan daripada Masjid Imam Asy-Syafie Taman Maluri KL

Rombongan lawatan daripada Pertubuhan PERKIM KL
 
Lawatan sambil belajar oleh Nazir-Nazir Masjid dan Kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)  Daerah Kuala Selangor pada 14.9.2013
Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam menyampaikan taklimat berhubung Pengurusan dan Pentadbiran Masjid As-Salam.
Biro Muslimat As-Salam dibawah pimpinan Pn Hajjah Norakmar dan pasukannya sentiasa  bersedia melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komited

 Majlis Silaturrahim bersama NGO


Kejohanan Bowling As-Salam 2013 meriah !!

 
Tuan Nazir turun padang di Surau Al-Ehsan Puchong Permai menyerahkan daging korban sambil diperhatikan oleh Pengerusi Surau, En Basit Yahya pada 28.10.2012
Add caption

Tuan Nazir dan AJK Masjid As-Salam bergambar bersama-sama dengan ahli panel forum dan kakitangan Kumpulan Media Karangkraf selepas majlis selesai pada 1/9/2012
Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam merasmikan Program Imarah Masjid (Kerjasama dengan Kumpulan Media Karangkraf) pada 1hb September 2012 sambil diperhatikan oleh Datuk Abdul Jalil (sebelah kanan) daripada Karangkraf
 
 

Galeri Photo 2

Tuan Nazir menyempurnakan Pelancaran Tabung Pembinaan Lif  sempena Program Raudhah Dihatiku TV9 pada 5.10.2013
Ahli panel Program Bicara As-Salam siri 7:  Dato' Ust Zawawi Yusoh, Hj Yasim Mohamed (Moderator), Ustazah Norhafizah Musa
Tuan Nazir bergambar bersama AJK dan Petugas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2013

Program Khas sempena sambutan Hari Ibu 2013
Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam merasmi dan melepaskan peserta Kayuhan As-Salam 2013

AJK bergambar bersama Sheikh Ali Saleh Jabir daripada Madinah 4/8/2012
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor menyampaikan ucapan semasa lawatan singkatnya ke Masjid As-Salam pada 31hb Julai 2012 yang lalu

Program "Retreat As-Salam 2012" di Nur Sungai Merab Bangi pada 30 Jun 2012


Khamis, Oktober 04, 2012

Program Keagamaan di Selangor Rancak Bawah PR

Ust Ahmad Mustafa b. Mohd Sidin, Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam
SHAH ALAM 23 SEPT:   Di bawah Pakatan Rakyat (PR) program-program keagamaan dilihat bertambah rancak di Selangor. Lebih membanggakan ia semakin mendapat sambutan masyarakat umum, khususnya golongan muda secara mendadak sejak kebelakangan ini.

Kejayaan tersebut disifatkan berpunca dari hasil pendekatan dan kerjasama erat antara golongan agamawan dan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Demikian menurut Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin dalam satu wawancara eksklusif dengan TV Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah baru-baru ini.


Grab this Widget ~ Blogger Accessories