Rabu, September 26, 2012

Sambutan Hari Raya dan Rumah Terbuka Surau As-Solihin Desa Idaman


 Pada tarikh 16 Sep 2012(Ahad) bersamaan 29 Syawal 1433H, AJK Surau As-Solihin Desa Idaman dengan kerjasama seluruh penduduk Muslimnya, telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1433H & Rumah Terbuka Desa Idaman.
 
Lebih kurang jam 12.30 tengah hari, majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin, Tahlil & Doa Selamat disusuli dengan Solat Zohor berjemaah bertempat di Surau As-Solihin Desa Idaman telah dipimpin oleh Tuan Imam Ustaz Safar Bin Kasim. Para ahli kariah surau dan penduduk telah sama-sama berada di dalam majlis yang turut disertai oleh kira-kira 20 orang anak-anak yatim yang telah dijemput khas dari Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) Kampung Seri Aman Puchong.


 

 
Para hadirin berserta anak-anak yatim jemputan kemudiannya telah bergerak dan berkumpul di Dewan Terbuka Desa Idaman, Taman Puchong Prima untuk  bersama-sama menjamu selera juadah yang disediakan dan disumbangkan oleh barisan ahli jawatankuasa surau dan juga para penduduk muslim Desa Idaman yang telah bermurah hati untuk sama-sama meraikan majlis.




Program yang berkonsep rumah terbuka ini turut dihadiri oleh tetamu yang terdiri dari kalangan saudara-mara, rakan sepejabat dan kenalan kepada ahli kariah surau As-Solihin Desa Idaman dan juga rakan-rakan berbilang kaum di Desa Idaman Taman Puchong Prima.

 


AJK Surau As-Solihin juga telah berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan, cenderahati dan duit raya kepada semua anak-anak yatim jemputan dari RALK seterusnya bergambar kenang-kenangan bersama.

Akhir kata, bagi pihak AJK Surau As-Solihin Desa Idaman, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Segala puji-pujian kita panjatkan ke hadrat Allah s.w.t serta selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w, juga keluarga dan para sahabat baginda…Jazakallah

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories