Khamis, September 20, 2012

Perjumpaan Hari Raya dan Taklimat Hala Tuju PIMPINAN Negeri Selangor


Barisan Ahli Jawatankuasa PIMPINAN Negeri Selangor Sesi 2012~2014
Duduk dari kiri: Hj Mohd Fadhil Tahir, Hj Md Yusoff Nour Mohamed (Bendahari), Hj Yasim Mohamed (YDP), Hj Buang b. Raban (TYDP), Us Nasrudin Tanawi (NYDP).

Puchong, 15 September 2012;  Satu perjumpaan Hari Raya serta Taklimat Hala Tuju PIMPINAN (Persatuan Nazir-Nazir, Imam, Pegawai, AJK Masjid/ Surau dan Penolong Pendaftar Nikah) Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana Sabtu lalu.

Wakil-wakil PIMPINAN daripada Cawangan Daerah di Negeri Selangor telah hadir diperjumpaan ini. Sempena majlis Perjumpaan Hari Raya ini, Taklimat Hala Tuju PIMPINAN telah disampaikan sendiri oleh Tn Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor yang baru bagi sesi 2012 ~ 2014.

Dalam Taklimat Hala tuju PIMPINAN ini, Tuan Yang Dipertua telah menjelaskan tentang Peranan PIMPINAN Cawangan Daerah, Peranan Nazir-nazir dan Imam-Imam dalam menggerakkan pertubuhan ini untuk kebajikan dan menafaat kepada ahli-ahli yang berdaftar.

PIMPINAN sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang  berorientasikan Dakwah dan Kebajikan Islam bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai matlamat yang sama.

Di Negeri Selangor terdapat 9 buah Cawangan PIMPINAN Peringkat Daerah iaitu PIMPINAN Cawangan Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Sepang, Petaling/ Shah Alam dan Sabak Bernam.

Satu "Roadshow" PIMPINAN Pusat/ Negeri ke Cawangan-cawangan Daerah akan diadakan dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut tentang PIMPINAN silalah berhubung dengan Hj Fakurruddin b. Eshak, Setiausaha Agong PIMPINAN Negeri Selangor di talian 012-308 1924 / din37502000@gmail.com



Tn Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN Negeri Selangor membentang hala tuju PIMPINAN
 
Sebahagian AJK PIMPINAN Cawangan Daerah yang turut hadir
 
En Shamsuri Abdullah, PSU PIMPINAN Negeri (baju hijau), Hj Fakhuruddin b. Eshak (S/U Agong PIMPINAN Negeri Selangor) 

Wakil-wakil PIMPINAN daripada Cawangan Daerah

Wakil daripada PIMPINAN Cawangan Sepang mengambil bahagian dalam sesi soal jawab

En Yusof b Zimat, Pengerusi Surau AnNajatul Hasanah Puchong Permai mengemukakan soalan berkaitan PIMPINAN

Tn Hj Rosli Husin, Pengerusi Surau Madrasatul Ehsan Puchong Perdana

Tn Hj Saibani, Pengerusi Surau An Nur Puchong Intan

Wakil-wakil PIMPINAN Cawangan Daerah
 


Hj Wan Ghazali b. Wan Mahmud, Pengerusi PIMPINAN Cawangan Daerah Petaling (baju kuning), Hj Ramli Othman, Timbalan Nazir Masjid Al-Istiqomah Kg Sri Andalas Puchong, Hj Yasim Mohamed (YDP PIMPINAN Selangor).





Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories