Rabu, September 05, 2012

Perasmian Program Rhaudah dihatiku TV9


Dari kiri: wakil Masjid As-Salam~ En. Md. Nor Afizan & En. Abdul Rahman, wakil Masjid Al-Falah -  Dato’  Sri Syed Zainal Abidin Bin Syed Mohd Tahir ,  En. Ahmad Izham Omar – CEO PrimeworkS., En. Md. Faizal  B.Haye dan wakil Masjid Al-Hidayah (AJK Biro Hal Ehwal Wanita



Petaling Jaya, 5hb September 2012, Rabu: Majlis pelancaran Program Raudhah Di Hatiku TV9 telah dirasmikan oleh En. Ahmad Izham Omar, COO TV Networks & CEO Primeworks Studios di Sri Pentas, Bandar Utama Petaling.
 
Objektif utama program Raudhah Di Hatiku adalah untuk membawa masyarakat bersama-sama mengimarahkan masjid yang merupakan rumah Allah juga syurga dunia. Raudhah Di Hatiku akan membawa pelbagai aktiviti ke perkarangan masjid untuk semua lapisan umur serta menjadikan masjid sebagai hab aktiviti untuk pertemuan masyarakat, perkongsian ilmu serta penjanaan pendapatan dan bukan sekadar dikunjungi untuk beribadah.
 
Antara yang hadir dalam majlis perasmian & pelancaran Raudhah Di Hatiku pagi tadi adalah Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Bin Syed Mohd Tahir (Nazir Masjid Al-Falah USJ 9), AJK Biro Hal Ehwal Wanita wakil Masjid Al-Hidayah Tmn Melawati dan wakil dari Masjid As-Salam En. Abdul Rahman Bin Yang Chek, En. Md Nor Afizan B. Ibrahim dan En.Md. Faizal B. Haye .
 
Program yang ditaja oleh Maybank Islamic & sebuah lagi syarikat international akan bermula pada hari Sabtu ini di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, Selangor. Lokasi berikutnya adalah Masjid Al-Falah pada 29/09/2012. Penutupan program Raudhah Di Hatiku akan berlangsung di Masjid As-Salam Puchong Perdana pada 13/10/2012. Dihari yag sama sebuah rakaman Program baru TV9 buat julung kali ‘Adik Tanya Ustaz’ akan turut dilancarkan di Masjid As-Salam Puchong Perdana.
 
 
TV9 akan membuat lintas langsung sepanjang Program Raudhah di Hatiku. Acara bermula dengan program “Nasi Lemak Kopi ‘O” jam 6.30 pagi. Diteruskan dengan rakaman program ; Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah dan Adik Tanya Ustaz. Aktiviti akhir yang dijadualkan berlangsung dalam program di perkarangan masjid adalah International Speaker Series yang dijadualkan selesai pada jam 6.00 petang. 
 




Wakil Masjid bersama artis-artis  yang menyerikan majlis antaranya Kumpulan Al-Mawlid, Yatt Hamzah, Dianna Amme dan lain-lain…

 



COO TV Networks & CEO Primeworks Studios telah merasmikan & melancarkan Program Raudhah Di Hatiku TV9.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories