Isnin, September 24, 2012

Masjid As-Salam melakar sejarah tubuh Unit RELA

 
Anggota RELA Masjid As-Salam bergambar bersama Tuan Nazir
 
 
Puchong, 22hb September 2012; Satu majlis Penyerahan Kad Ahli RELA (Ikatan Relawan Rakyat) sempena penubuhan RELA Masjid di Masjid As-Salam Puchong Perdana telah diadakan Sabtu yang lalu.
 
Penyerahan kad ahli RELA ini telah disampaikan oleh Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana sempena Penubuhan Unit RELA Masjid di masjid ini. Hadir bersama dalam majlis ini ialah En Rashdan, wakil daripada RELA Daerah dan Tn Hj Zul Bahri b Hj Ekhsan, Nazir Masjid Asy-Syakirin Puchong Utama.
 
Dengan tertubuhnya unit RELA ini, Masjid As-Salam Puchong Perdana telah melakar sejarah menjadi Masjid yang pertama di Negeri Selangor yang mempunyai unit RELA sendiri. Menurut En Mohammad Nor Afizan b. Ibrahim, Ketua Keselamatan Masjid As-Salam Puchong Perdana, pada fasa yang pertama ini seramai 45 orang telah berdaftar menjadi anggota RELA termasuk 2 orang berketurunan India.


Tuan Nazir Masjid As-Salam dalam ucapannya dimajlis ini menjelaskan tentang peranan RELA didalam masyarakat yang berkisar kepada 4K iaitu memastikan keselamatan, keamanan, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat setempat.
 
Dalam konteks Masjid As-Salam, antara tujuan penubuhan Unit RELA ini ialah;
 
1. Memudah dan melancarkan segala urusan keselamatan diluar atau dikawasan masjid jika ingin mengadakan program-program berskala besar, tiada kesulitan membuat permohonan bantuan RELA dari cawangan yang lain.
 
2. Dapat membantu mencegah aktiviti tidak sihat dikalangan masyarakat setempat dengan mengadakan kerjasama dengan Biro Nahi Mungkar Masjid, pihak Polis, MPSJ, JKP, Imegrisen serta penduduk setempat khususnya dalam kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana.
 
3. Memberi peluang kepada anak kariah yang berminat untuk memberi khidmat kepada masjid dalam aspek-aspek keselamatan dan keamanan masyarakat untuk sama-sama mencari redha Allah.
 

 

Dari kiri; En Rashdan, Tn Hj Yasim Mohamed, Tn Hj Zul Bahri dan Tn Hj Azmi Ghani (Timbalan Nazir)
 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Us Rushdi, Imam 2 Masjid As-Salam
En Mohammad Norafizan b. Ibrahim, Ketua Keselamatan Masjid As-Salam

Taklimat disampaikan oleh Ketua Keselamatan Masjid As-Salam


Tuan Nazir menyampaikan ucapan perasmian
Sebahagian anggota RELA yang telah mendaftarkan diri

Menunggu giliran menerima kad keahlian RELA daripada Tuan Nazir

Tuan Nazir menyampaikan kad keahlian RELA kepada anggota yang mendaftar

En Rashdan menyerahkan kad keahlian RELA kepada anggota RELA En Saipul

En Rashdan, wakil RELA Daerah menyarungkan "Vest RELA" kepada Tuan Nazir sebagai tanda tertubuhnya unit RELA di Masjid As-Salam Puchong Perdana

Tetamu yang hadir menjamu selera sebelum majlis bermula

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories