Rabu, September 19, 2012

Majlis Solat Hajat dan Tazkirah Motivasi untuk pelajar PMR & SPM SMK Puchong Perdana

Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam menyampaikan Tazkirah Motivasi kepada pelajar PMR dan SPM SMK Puchong Perdana

 
Puchong, 14hb September 2012;  Dalam usaha menyiapkan pelajar-pelajar menghadapai peperiksaan PMR dan SPM  tidak berapa lama lagi, Sek Men Kebangsaan Puchong Perdana (SMKPP) dengan kerjasama Masjid As-Salam telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Tazkirah Motivasi kepada pelajar-pelajar dan ibubapa yang terlibat.

Seramai hampir 400 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini beserta dengan guru-guru hadir di majlis solat hajat ini.
 
Majlis bermula dengan sesi pendaftaran peserta pada pukul 6:30 petang. Solat maghrib dan solat hajat berjemaah di ketuai oleh Ustaz Ahmad Rushdi, Imam 2 Masjid As-Salam. Majlis diikuti dengan bacaan Yaasin dan Tazkirah Motivasi yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana.
 
Masjid berakhir pukul 9:30malam dengan jamuan makan malam kepada semua peserta dan ibu bapa.
 
 
 



Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories