Ahad, September 30, 2012

Jauhi sifat mazmumah !!

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Jumaat, September 28, 2012

Intipati Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Tuan Nazir Masjid As-Salam pada 28 September 2012




Melangkah Ke Tanah Suci

Haji adalah salah satu daripada rukun Islam. Ia merupakan sendi-sendi Islam yang terkuat. Diwajibkan sekali seumur hidup. Dengan melaksanakan ibadah haji itu, akan sempurnalah Islam seseorang dan lengkaplah agamanya.

Sesungguhnya ibadah dalam Islam ada yang bersifat badaniyah, iaitu ibadah yang menitikberatkan pada kekuatan fizikal seperti solat dan puasa. Ada yang bersifat qalbiyah, iaitu ibadah yang pengamalannya pada hati, seperti zikir serta ada pula ibadah yang bersifat maliyah iaitu dengan wang seperti zakat, infaq dan sedekah.

Khamis, September 27, 2012

Dr. Zaki Naik: World Famous Orator on Islam & Comparative Religion

Sila klik pada imej untuk paparanyang lebih jelas
 
Biodata :

Zakir Abdul Karim Naik was born on 18 October 1965 in Mumbai, India. He attended St. Peter's High School in Mumbai. Later he enrolled atKishinchand Chellaram College, before studying medicine at Topiwala National Medical College and Nair Hospital and later the University of Mumbai, where he obtained a Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS).His wife, Farhat Naik, works for the women's section of the IRF.


Rabu, September 26, 2012

Sambutan Hari Raya dan Rumah Terbuka Surau As-Solihin Desa Idaman


 Pada tarikh 16 Sep 2012(Ahad) bersamaan 29 Syawal 1433H, AJK Surau As-Solihin Desa Idaman dengan kerjasama seluruh penduduk Muslimnya, telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1433H & Rumah Terbuka Desa Idaman.
 
Lebih kurang jam 12.30 tengah hari, majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin, Tahlil & Doa Selamat disusuli dengan Solat Zohor berjemaah bertempat di Surau As-Solihin Desa Idaman telah dipimpin oleh Tuan Imam Ustaz Safar Bin Kasim. Para ahli kariah surau dan penduduk telah sama-sama berada di dalam majlis yang turut disertai oleh kira-kira 20 orang anak-anak yatim yang telah dijemput khas dari Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) Kampung Seri Aman Puchong.

Isnin, September 24, 2012

Masjid As-Salam melakar sejarah tubuh Unit RELA

 
Anggota RELA Masjid As-Salam bergambar bersama Tuan Nazir
 
 
Puchong, 22hb September 2012; Satu majlis Penyerahan Kad Ahli RELA (Ikatan Relawan Rakyat) sempena penubuhan RELA Masjid di Masjid As-Salam Puchong Perdana telah diadakan Sabtu yang lalu.
 
Penyerahan kad ahli RELA ini telah disampaikan oleh Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana sempena Penubuhan Unit RELA Masjid di masjid ini. Hadir bersama dalam majlis ini ialah En Rashdan, wakil daripada RELA Daerah dan Tn Hj Zul Bahri b Hj Ekhsan, Nazir Masjid Asy-Syakirin Puchong Utama.
 
Dengan tertubuhnya unit RELA ini, Masjid As-Salam Puchong Perdana telah melakar sejarah menjadi Masjid yang pertama di Negeri Selangor yang mempunyai unit RELA sendiri. Menurut En Mohammad Nor Afizan b. Ibrahim, Ketua Keselamatan Masjid As-Salam Puchong Perdana, pada fasa yang pertama ini seramai 45 orang telah berdaftar menjadi anggota RELA termasuk 2 orang berketurunan India.

Jumaat, September 21, 2012

Imarah Masjid: Masjid As-Salam anjur Program lain dari yang lain

Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana
 
SYAHIDATUL AKMAL DUNYA
Wartawan Sinar Harian
21 September 2012 

Imarah Masjid            

Sebaik sahaja Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, perkara pertama dilakukan ialah membina masjid. Bersama kaum muhajirin Baginda membina rumah ibadat orang Islam yang pertama iaitu Masjid Quba'. Di situlah pusat ibadat dan dalam masa yang sama berfungsi sebagai pusat pengembangan ilmu, selain menyebarkan dakwah Islamiah.

Namun, hari ini masjid hanya menjadi tempat persinggahan untuk bersolat, langsung mengenepikan hakikat sebenar bahawa fungsi masjid adalah lebih dari itu. 

Menyedari kekurangan tersebut, sekali gus memahami konsep pembinaan masjid sebagaimana zaman Rasullullah SAW, jawatankuasa Masjid As-Salam Puchong Perdana aktif menggerakkan program-program mengimarahkan masjid berkenaan dengan pelbagai aktiviti.

Tidak hairan masjid ini pernah diangkat sebagai ikon dan model kepada masjid-masjid lain melalui Anugerah Masjid Terbaik seluruh Selangor bagi tahun 2011.      

Khamis, September 20, 2012

Perjumpaan Hari Raya dan Taklimat Hala Tuju PIMPINAN Negeri Selangor


Barisan Ahli Jawatankuasa PIMPINAN Negeri Selangor Sesi 2012~2014
Duduk dari kiri: Hj Mohd Fadhil Tahir, Hj Md Yusoff Nour Mohamed (Bendahari), Hj Yasim Mohamed (YDP), Hj Buang b. Raban (TYDP), Us Nasrudin Tanawi (NYDP).

Puchong, 15 September 2012;  Satu perjumpaan Hari Raya serta Taklimat Hala Tuju PIMPINAN (Persatuan Nazir-Nazir, Imam, Pegawai, AJK Masjid/ Surau dan Penolong Pendaftar Nikah) Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana Sabtu lalu.

Himpunan Sejuta Umat !!!

Rabu, September 19, 2012

Majlis Solat Hajat dan Tazkirah Motivasi untuk pelajar PMR & SPM SMK Puchong Perdana

Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam menyampaikan Tazkirah Motivasi kepada pelajar PMR dan SPM SMK Puchong Perdana

 
Puchong, 14hb September 2012;  Dalam usaha menyiapkan pelajar-pelajar menghadapai peperiksaan PMR dan SPM  tidak berapa lama lagi, Sek Men Kebangsaan Puchong Perdana (SMKPP) dengan kerjasama Masjid As-Salam telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Tazkirah Motivasi kepada pelajar-pelajar dan ibubapa yang terlibat.

Isnin, September 10, 2012

Tenaga-tenaga penting di Masjid As-Salam

Hj Azmi Ghani (Timbalan Nazir), Pengarah Program Imarah Masjid turut bersama-sama memastikan semua peralatan dalam keadaan baik selepas program selesai

Jumaat, September 07, 2012

Forum Bicara Cinta Anak Muda "Mencari jalan ke syurga..."

 
Ahli panel forum dari kiri: Farah Asyikin Zulkifli, Yatt Hamzah, Syafiq Zulkifli dan Dr Robiah K. Hamzah

TV9 Martabatkan Masjid Dalam ‘Raudhah Di Hatiku’ Musim Kedua

Barisan selebriti dan wakil-wakil penaja dan masjid yang terlibat dalam Raudhah di Hatiku pada tahun ini. - Foto TV9

 
Oleh WAHIDUZZAMAN (wahi@thestar.com.my)
 
PETALING JAYA: Usaha stesen TV9 dalam memartabatkan masjid sebagai hab komuniti remaja dan masyarakat setempat diteruskan untuk tahun kedua menerusi kempen Raudhah Di Hatiku.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, jenama Raudhah Di Hatiku menjadi acara tahunan TV9 susulan impak dan respons positif yang diterima sejak ia dianjurkan buat pertama kali pada tahun lalu.

Program Imarah Masjid bersama Kumpulan Media Karangkraf

Suasana Rumah Terbuka Aidilfitri Masjid As-Salam (3)

Tuan Nazir meraikan tetamu Dr Kanan Raman (Pengerusi Kuil Hindu Sri Maha Mariaman Puchong Industri) dan keluarga
 

Rabu, September 05, 2012

Perasmian Program Rhaudah dihatiku TV9


Dari kiri: wakil Masjid As-Salam~ En. Md. Nor Afizan & En. Abdul Rahman, wakil Masjid Al-Falah -  Dato’  Sri Syed Zainal Abidin Bin Syed Mohd Tahir ,  En. Ahmad Izham Omar – CEO PrimeworkS., En. Md. Faizal  B.Haye dan wakil Masjid Al-Hidayah (AJK Biro Hal Ehwal Wanita



Petaling Jaya, 5hb September 2012, Rabu: Majlis pelancaran Program Raudhah Di Hatiku TV9 telah dirasmikan oleh En. Ahmad Izham Omar, COO TV Networks & CEO Primeworks Studios di Sri Pentas, Bandar Utama Petaling.

Selasa, September 04, 2012

Rumah Terbuka Aidilfitri Masjid As-Salam disambut meriah (2)

Tuan Nazir menerima sumbangan daripada Datuk Abd Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial Media Karangkraf
 

Rumah Terbuka Aidilfitri Masjid As-Salam 2012 disambut meriah (1)

 

Tuan Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam memalu gong merasmikan Rumah Terbuka Aidilfitri Masjid As-Salam 2012



Ahad, September 02, 2012

Intipati Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Tuan Nazir Masjid As-Salam pada 31 Ogos 2012


"Kemerdekaan Menurut Perspektif Islam"

Kemerdekaan adalah merupakan suatu nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat manusia di atas muka bumi-Nya ini. Nikmat kemerdekaan ini bukanlah dapat dirasai sepenuhnya oleh semua golongan manusia. Kita dapat melihat bagaimana sesetengah negara dijajah oleh kuasa asing seperti mana yang berlaku di negara Palestin.

Kita juga dapat melihat bagaimana sesetengah kelompok manusia dihalau dan diusir daripada tanahair mereka sendiri seperti mana yang berlaku kepada umat Islam Rohingya. Bahkan kita juga dapat melihat bagaimana sesetengah manusia pada hari ini dijadikan sebagai hamba dan diperdagangkan oleh orang lain demi mengaut keuntungan duniawi.

Kesemua perkara ini menzahirkan tentang sesetengah umat manusia yang tidak dapat merasai nikmat kemerdekaan seperti mana yang kita semua rasai di tanahair tercinta ini.

Grupbuku Karangkraf dengan kerjasama Masjid As-Salam anjur Program Imarah Masjid

Datuk Abd Jalil (kanan) merasmikan Program Imarah Masjid anjuran Grup Buku Karangkraf sambil diperhatikan oleh Tn Hj Yasim Mohamed (tengah) di Masjid As Salam Puchong Perdana, hari ini.

PUCHONG, 1 September 2012 – Bermatlamat mengajak belia dan masyarakat setempat sering mengunjungi masjid, Grup Buku Karangkraf dengan kerjasama Masjid As-Salam Puchong Perdana di sini dan Majalah I terbitan Kumpulan Media Karangkraf melancarkan program Imarah Masjid hari ini.

Kira-kira 7,000 anak kariah dan masyarakat sekitar Puchong hadir memeriahkan program yang dilancarkan oleh Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali.
Grab this Widget ~ Blogger Accessories