Khamis, Ogos 02, 2012

Pelajar Nigeria memeluk Islam

Para jemaah sedang memerhatikan majlis pengislaman yang bersejarah ini

Puchong, 30hb Julai 2012; Dua orang pelajar dari Nigeria yang merupakan pelajar di kolej swasta di sini telah memeluk Islam dengan selamatnya. Majlis Pengislaman yang sederhana dan bersejarah ini diketuai oleh Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana telah disaksikan oleh para jemaah yang datang untuk solat Isyak dan bertarawih.

Dua orang pelajar ini ialah En Agu Trust, 25 tahun dan En Dike Justin, 30 tahun. Ustaz Mohd Rushdi b. Ahmad, Imam 2 Masjid As-Salam telah menyempurnakan syahadah yang dilafazkan oleh kedua-dua saudara baru kita ini.

Majlis pengislaman yang jatuhnya pada hari yang ke 10 Ramadhan berjalan dengan penuh teratur dan suasana terasa penuh ceria dan kegembiraan setelah laungan takbir kedengaran sebaik saja selesai lafaz syahadah oleh kedua-dua pelajar ini.


Tuan Nazir memberi penerangan sebelum lafaz syahadah bermula



En Dike Justin melafazkan syahadah di depan Imam Ust Rushdi dan disaksikan oleh Tn Nazir

En Agu Trust melafazkan  syahadah didepan Imam



Doa dibaca sebaik saja majlis selesai

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories