Sabtu, Julai 28, 2012

Program Imarah Masjid bersama Kumpulan Media Karangkraft

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

PROGRAM IMARAH MASJID

Buat julung-julung kalinya, Karya Bestari@Grupbuku Karangkraf akan menghimpunkan gabungan penulis kami untuk bersama-sama menjayakan program IMARAH MASJID.

Koloborasi mantap bersama MA...JALAH I dengan kerjasama dan sokongan padu Masjid As-Salam Puchong Perdana insya-ALLAH akan mengakrabkan ukhuwah sesama kita.

Pelbagai aktiviti dirancang untuk memeriahkan program sehari suntuk itu. Antaranya, Permainan Bahasa Al-Quran, Pertandingan Bercerita Kisah Nabi, Tazkirah, Bila Ustaz Turun Dapur, Sesi Temu Mesra Penulis, Jualan Buku dan Majalah, pelancaran buku dan banyak lagi. Acara kemuncak ialah`Forum Bicara Cinta Anak Muda' - Mencari Jalan ke Syurga, anjuran MAJALAH I @ Kumpulan Media Karangkraf.

Buat yang berkelapangan sempena cuti hujung minggu dan masih dalam mood beraya, jom luangkan masa beraya bersama kami dalam program Imarah Masjid, Mudah-mudahan segala usaha kita diberkati dan dipermudahkan-NYA. Terima kasih.
Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories