Selasa, Julai 17, 2012

Mesyuarat Agung Tahunan ke 3 sessi 2009~2012 selesai terlaksana

Sesi pendaftaran berjalan lancar dengan bantuan Biro Hal Ehwal Wanita

Pada 14hb Julai 2012 bersamaan dengan 24 Syaaban 1433H , Mesyuarat AgongTahunan ke-3 sessi 2009-2012 telah berlangsung di Dewan Solat Masjid As Salam. Bermula dengan sessi pendaftaran anak kariah  pada pukul 8.00 malam aturcara  disusuli dengan  jamuan makan malam, solat Isyak berjemaah dan seterusnya bacaan doa oleh Imam Masjid As Salam Puchong Perdana.

Semua AJK bersiap sedia untuk membuat pembentangan
Tuan Nazir Masjid As-Salam bertindak selaku pengerusi mesyuarat


Ucapan Nazir Masjid As Salam, Tuan Hj Yasim Bin Mohamed telah membuka agenda Mesyuarat Agong kali -3. Antara pencapaian membanggakan yang diutarakan adalah penerimaan  Anugerah Pengurusan Masjid Kedua Terbaik di Negeri Selangor bagi Tahun 2009, Tuan Nazir juga telah menyatakan bahawa Masjid As Salam juga telah menerima  Anugerah Masjid Terbaik 2011 Peringkat Daerah Petaling dan Anugerah Masjid Terbaik Peringkat Negeri Selangor 2011.
Sehubungan dengan itu, Pusat Pentadbiran Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) telah mengadakan kunjungan ukhuwwah Mahabbah ke Masjid As-Salam Puchong Perdana pada 23hb Jun 2012.
Rombongan berikut terdiri daripada Pengerusi-Pengerusi Masjid yang terpilih di Pentadbiran Pusat Zon 4, JAWI iaitu: Masjid Usamah bin Zaid(Wangsa Maju), Masjid Muadz bin Jabbal(Setiawangsa), Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah(Taman Sri Rampai Setapak), Masjid Al-Muttaqqin(Wangsa Melawati), Masjid Al-Akram(Taman Dato' Keramat), Masjid Jame'ul Ehsan(Pekan Setapak), Masjid Ibnu Sina(Titiwangsa), Masjid Khalid Al-Walid (Kementah) & Masjid As-Solehin(Pulapol).
Tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk mempelajari dan berkongsi pengalaman menguruskan Masjid daripada Masjid Terbaik Negeri Selangor, Masjid As-Salam Puchong Perdana.
Di penghujung agenda mesyuarat Tuan Nazir menyeru agar semua AJK, Anak Kariah dan masyarakat  agar dapat bersama-sama meluangkan masa dan menyumbangkan sedikit tenaga  dalam usaha kerjasama mengimarahkan rumah Allah dan menjaga serta mengeratkan silaturahim khususnya di  Masjid As Salam.
Semoga keprihatinan kita  membuka pintu rahmatNya & memudahkan kita  memelihara diri kita dalam menjaga Hablum Minallah dan Hablum Minannas ...   

Tn Hj Azmi b. Ghani selaku Penolong Setiausaha sedang membuat pembentangan



En Harun b. Nayan Pengerusi Biro Kebajikan

Cik Umi Azeanty dan En Mohd Hamdan bertindak sebagai pencatit minit

En Mohammad Nor Afizan b. Ibrahim, Pengerusi Biro Keceriaan sedang membuat pembentangan


Sebahagian daripada ahli mesyuarat sedang meneliti buku laporan mesyuarat agong
 
Sesi soal jawab dan cadangan


“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.
Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam  urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.
Kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” 
(Surah Ali-Imran: ayat 159)

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories