Rabu, Julai 11, 2012

Majlis Makan Malam & Penghargaan AJK Sesi 2009 ~ 2012


Tuan Nazir menyampaikan ucapan alu-aluan

Puchong, 8hb Jun 2012:  Satu Majlis Makan Malam dan Penghargaan meraikan AJK dan Pegawai Masjid bagi sesi 2009 ~ 2012 telah diadakan di Dewan Serbaguna Masjid As-Salam. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ustaz Ramli b. Sidom, Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ustaz Zainudin Zakaria daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling dan Tn Hj Mohd Sharif b Iskandar, Ketua Kampung Batu 14 Puchong serta wakil daripada Lembaga Zakat Selangor.


Dalam ucapan alu-aluan oleh Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir masjid As-Salam Puchong Perdana, beliau menerangkan bahawa Majlis Penghargaan ini diadakan khusus untuk merai dan penghargai semua AJK , Pegawai Masjid dan petugas-petugas yang telah banyak membantu dalam mengimarahkan masjid disepanjang sesi 2009 ~ 2012 yang berakhir pada 30hb Mei 2012 yang lalu.

Hadir sama dalam majlis penghargaan ini ialah wakil daripada Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS), Nisa' Puchong, Nazir-nazir masjid berhampiran, Pengerusi Surau serta Petugas Keselamatan.

Majlis berakhir dengan penyampaian sijil penghargaan kepada semua yang hadir.

 






















Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories