Khamis, Julai 12, 2012

Lawatan ukhuwwah Mahabbah Pegawai JAWI ke Masjid As-Salam

Bergambar beramai-ramai dengan anggota Rombongan daripada JAWI

Pusat Pentadbiran Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) telah mengadakan kunjungan ukhuwwah Mahabbah ke Masjid As-Salam Puchong Perdana pada 23hb Jun 2012 yang lalu.

Rombongan seramai 40 orang ini terdiri daripada Pengerusi-Pengerusi Masjid yang terpilih di Pentadbiran Pusat Zon 4, JAWI iaitu:
  1. Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju
  2. Masjid Muadz bin Jabbal, Setiawangsa
  3. Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai Setapak
  4. Masjid Al-Muttaqqin, Wangsa Melawati
  5. Masjid Al-Akram, Taman Dato' Keramat
  6. Masjid Jame'ul Ehsan, Pekan Setapak
  7. Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa
  8. Masjid Khalid Al-Walid, Kementah
  9. Masjid As-Solehin, Pulapol


Mengetuai rombongan ini ialah Tuan Syed Abdullah bin Syed Nordin, Pegawai Penyelaras Zon 4, Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mempelajari dan berkongsi pengalaman menguruskan Masjid daripada Masjid Terbaik Negeri Selangor, Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Hadir sama bagi pihak Masjid As-Salam ialah Tn Hj Azmi Ghani, Timbalan Nazir, En Mohammad Nor Afizan b. Ibrahim, dan beberapa orang AJK yang lain.

Taklimat kepada anggota rombongan berhubung Strategi dan Pengurusan Masjid telah disampaikan sendiri oleh Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana. Taklimat dan penerangan ini meliputi aspek Strategi Pengurusan Masjid, Model-model pengurusan, Perkongsian Program Pengimarahan masjid dan seterusnya sessi soal-jawab.

Program berakhir dengan penyampaian cenderahati dan jamuan makan tengah hari.

Tuan Nazir menerima cenderahati daripada Tn Syed Abdullah (JAWI)

Taklimat dan penerangan telah disampaikan oleh Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana












Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories