Rabu, Julai 25, 2012

Laporan Mesyuarat Agong Surau An Nur Condo Vista Millenium


Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Surau An Nur, Condo Vista Millenium telah berjaya diadakan pada hari Khamis, 5 Julai 2011 yang lalu.  Seramai 15 orang AJK dan anak kariah surau yang diketuai sendiri oleh Pengerusinya, Tuan Syed Salim Syed Abdullah telah hadir dan mengendalikan mesyuarat sebagaimana yang dikehendaki oleh pengurusan Masjid As Salam, Puchong Perdana.

Perjalanan mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ustaz Rushdi, Imam Masjid As Salam dan En Roslan Hanapiah, Wakil Pemuda Masjid.

Surau An Nur Vista Millenium telah dibuka pada 13 Disember 2011 dengan kariahnya terdiri dari penduduk kondominuim Vista Millenium sama ada warganegara Malaysia termasuk juga warga antarabangsa.

Laporan aktiviti dan kewangan telah dicatat dalam sebuah buku atau rekod khas.  Semasa mesyuarat berlangsung laporan aktviti dan kewangan telah dibentang secara lisan untuk pengetahuan para anak kariah.  Bagi menambah baik perjalanan mesyuarat agung akan datang, AJK surau telah dinasihatkan agar memaparkan aktiviti dan kedudukan kewangan secara bertulis atau dipaparkan menerusi skrin bagi memudahkan anak kariah membuat semakan, meminta penjelasan dan sebagainya.  Sehingga 30 Jun 2012, baki kewangan Surau An Nur berjumlah RM2,964.85.
AJK Surau An Nur turut membangkitkan beberapa persoalan dan cadangan seperti berikut: -

·         Peruntukan untuk surau-surau di bawah Masjid As Salam;

·         Pengurusan jenazah dan khairat kematian;

·         Cadangan penambahan ‘railing’ di kiri dan kanan tangga masjid bagi membolehkan warga emas naik ke dewan utama masjid;

·         Mohon dimaklumkan kepada AJK surau berkaitan serbuan maksiat di Condo Vista Millenium;

·         Mohon penganjuran kurusus pengurusan jenazah untuk lelaki;

·         Mohon senarai penceramah di masjid As Salam untuk diundang ke surau termasuk imbuhan yang diberi; dan

·         Cadangan menjemput non-Muslim ke surau untuk memberi ceramah / penerangan umum berkaitan kesihatan dan tidak melibatkan aspek keagamaan.
Secara lisan, semua persoalan tersebut juga telah dijawab secara lisan oleh En Roslan Hanapiah, namun AJK Surau An Nur telah dinasihatkan untuk menghubungi Pengerusi Biro-Biro berkenaan di Masjid As Salam untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Mesyuart berakhir kira-kira jam 11.30 malam.
Catatan perjalanan mesyuarat oleh

ROSLAN HANAPIAH
Wakil Pemuda
Masjid As Salam

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories