Jumaat, Julai 20, 2012

Intipati Khutbah yang disampaikan oleh Tuan Nazir Masjid As-Salam pada Jumaat 20/7/2012

Tajuk Khutbah: Di ambang Ramadhan


Kelebihan Bulan Ramadhan:

Pertama :
Allah mengurniakan salah satu malam dalam bulan itu sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan;

Kedua :
Ramadhan adalah bulan menguji kesabaran; puasa pada siang hari menjadi fardhu dan qiam pada malamnya pula sebagai nafilah atau sunat;


Ketiga :
Sesiapa yang melakukan perkara kebaikan pada bulan itu ia akan mendapat pahala tujuh puluh kali ganda amalan fardhu yang dibuat pada bulan-bulan lain;

Keempat :
Ramadan bulan kebajikan, sesiapa yang memberi makanan untuk orang yang berbuka puasa ia akan mendapat ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang berpuasa itu, walaupun sekadar bersedekah seteguk air atau sehirup susu;

Kelima :
Dipermulaan bulan Ramadhan adalah rahmah atau belas kasihan daripada Allah, dipertengahannya pula keampunan dan maghfirah dan dipenghujungnya ialah pembebasan dari api neraka.

Iktibar dan memuhasabah diri daripada kuliah Baginda Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:

Pertama :
Ramadhan adalah bulan yang Allah berikan peluang kepada umat Islam untuk meraih sebanyak mungkin lambakkan jongkong-jongkong pahala yang dijanjikan kepada orang yg berpuasa.

Kedua :
Ramadhan adalah bulan menguji dan menyuntik erti kesabaran; sabar dalam melaksanakan apa-apa perintah, akur dan patuh meninggalkan larangan Allah walaupun terpaksa berperang dengan nafsu syahwat dan runtunan syaitan yang terdiri dari makhluk jin dan manusia.

Justeru, orang yang sedang berjuang menjalani ibadah puasa akan dimuliakan Allah setiap masa, mereka umpama seorang mujahid yang sedang berada di medan perang untuk meneruskan perjuangan demi perjuangan.

Ketiga : Kemuliaan Ramadhan yg dikurniakan Allah kepada setiap hamba-Nya yang beriman sememangnya mempunyai kaitan rapat dengan penurunan al-Quran.

Rujukan:
Unit Khutbah,
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
                                          

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories