Selasa, Julai 31, 2012

Senarai Penolong Amil Fitrah Masjid As-Salam 2012

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Ahad, Julai 29, 2012

Program Tadarus Al-Quran Muslimah berjalan lancar

Program tadarus Al-Quran muslimat anjuran Biro Hal Ehwal Wanita Masjid As-Salam.
Bersama menyubur Ramadhan dengan Al-Quran

Sabtu, Julai 28, 2012

Qiamullail dan Kuliah Subuh

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Program Imarah Masjid bersama Kumpulan Media Karangkraft

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Masjid As-Salam menyumbang untuk Tabung PUSKIA

Tuan Nazir Masjid As-Salam menerima Sijil Penghargaan dan sebuah Al-Quran daripada Us Farmadi Zamzam Ali Pengetua PUSKIA (Pusat Komuniti Islam Al-Insaniah Acheh) diatas sumbangan para jemaah Masjid As-Salam untuk Tabung Pembangunan PUSKIA di Acheh. 

Jumaat, Julai 27, 2012

Kesilapan dalam bulan Ramadhan

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Rabu, Julai 25, 2012

Imam Muda dari Gaza Palestin

Laporan Mesyuarat Agong Surau An Nur Condo Vista Millenium


Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Surau An Nur, Condo Vista Millenium telah berjaya diadakan pada hari Khamis, 5 Julai 2011 yang lalu.  Seramai 15 orang AJK dan anak kariah surau yang diketuai sendiri oleh Pengerusinya, Tuan Syed Salim Syed Abdullah telah hadir dan mengendalikan mesyuarat sebagaimana yang dikehendaki oleh pengurusan Masjid As Salam, Puchong Perdana.

Perjalanan mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ustaz Rushdi, Imam Masjid As Salam dan En Roslan Hanapiah, Wakil Pemuda Masjid.

Kumpulan Tadarus Muslimat Masjid As-Salam 2012

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Selasa, Julai 24, 2012

Suasana Ramadhan hari ke 3 di Masjid As-Salam

Tuan Nazir As-Salam menyampaikan pengumuman semasa kepada para jemaah

Para jemaah solat tarawikh di Dewan Solat Utama

Mari bertarawikh bersama Imam Muda dari Palestin

Isnin, Julai 23, 2012

Kisah dan tauladan....



SEGENGGAM GARAM

Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana.

Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya.
Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.

Jamuan makan bertalam bersama anak-anak yatim meriah !!!

Anak-anak yatim dan para jemaah sedang menikmati jamuan makan bertalam


Puchong, 15 Julai 2012; Masjid As-Salam Puchong Perdana dengan kerjasama sebuah NGO iaitu Telekung Project telah mengadakan Program Tahlil Perdana serta Jamuan Makan Bertalam bersama anak-anak yatim. Seramai 450 orang anak-anak yatim daripada Rumah kebajikan anak-anak yatim telah diundang ke majlis ini.

Ahad, Julai 22, 2012

Suasana Program Tahlil Perdana


Tazkirah disampaikan oleh Us. Fawwaz b. Md Fazdil

Jumaat, Julai 20, 2012

Intipati Khutbah yang disampaikan oleh Tuan Nazir Masjid As-Salam pada Jumaat 20/7/2012

Tajuk Khutbah: Di ambang Ramadhan


Kelebihan Bulan Ramadhan:

Pertama :
Allah mengurniakan salah satu malam dalam bulan itu sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan;

Kedua :
Ramadhan adalah bulan menguji kesabaran; puasa pada siang hari menjadi fardhu dan qiam pada malamnya pula sebagai nafilah atau sunat;

Selasa, Julai 17, 2012

Mesyuarat Agung Tahunan ke 3 sessi 2009~2012 selesai terlaksana

Sesi pendaftaran berjalan lancar dengan bantuan Biro Hal Ehwal Wanita

Pada 14hb Julai 2012 bersamaan dengan 24 Syaaban 1433H , Mesyuarat AgongTahunan ke-3 sessi 2009-2012 telah berlangsung di Dewan Solat Masjid As Salam. Bermula dengan sessi pendaftaran anak kariah  pada pukul 8.00 malam aturcara  disusuli dengan  jamuan makan malam, solat Isyak berjemaah dan seterusnya bacaan doa oleh Imam Masjid As Salam Puchong Perdana.

Semua AJK bersiap sedia untuk membuat pembentangan
Tuan Nazir Masjid As-Salam bertindak selaku pengerusi mesyuarat

Isnin, Julai 16, 2012

Laporan: Majlis Pelancaran Program Tadarus Al-Quran Muslimat dan Kuliah di ambang Ramadhan "Bersediakah kita?"

Kuliah diambang Ramadhan telah disampaikan oleh Ustazah Norazian

Abu Hurairah telah berkata: 
Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik, AhmaddanBaihaqi)
Keagungan dan keberkatan yang menghiasai bulan Ramadhan, maka kehadirannya amat dinantikan oleh setiap Muslim. Kehadiran Ramadhan mengundang 1001 peluang bagi orang yang beriman untuk beramal ibadat, bertafakur dan muhasabah diri. Sehubungan dengan itu jugalah maka Biro Hal Ehwal Wanita Masjid As Salam ingin bersama-sama dengan muslimat disekitarnya untuk merebut salah satu peluang iaitu bertadarus. Dengan itu, program ini disasarkan objektifnya untuk membentuk kumpulan tadarus muslimat disamping mendapat peringatan dan pesanan sebagai persiapan menghadapi Ramadhan dalam slot kuliah.

Khamis, Julai 12, 2012

Selamat Datang Ya Ramadhan !!!!

Program Bicara As-Salam Siri 06 membawa banyak kelainan

Program Bicara As-Salam Siri 06 bersama ahli panel Us Halim Din, Artis Iwan Syahman dan Siti Nordiana bertempat di Padang Permainan, Taman Puchong Permai pada 7hb Julai 2012

Lawatan ukhuwwah Mahabbah Pegawai JAWI ke Masjid As-Salam

Bergambar beramai-ramai dengan anggota Rombongan daripada JAWI

Pusat Pentadbiran Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) telah mengadakan kunjungan ukhuwwah Mahabbah ke Masjid As-Salam Puchong Perdana pada 23hb Jun 2012 yang lalu.

Rabu, Julai 11, 2012

Majlis Makan Malam & Penghargaan AJK Sesi 2009 ~ 2012


Tuan Nazir menyampaikan ucapan alu-aluan

Puchong, 8hb Jun 2012:  Satu Majlis Makan Malam dan Penghargaan meraikan AJK dan Pegawai Masjid bagi sesi 2009 ~ 2012 telah diadakan di Dewan Serbaguna Masjid As-Salam. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ustaz Ramli b. Sidom, Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ustaz Zainudin Zakaria daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling dan Tn Hj Mohd Sharif b Iskandar, Ketua Kampung Batu 14 Puchong serta wakil daripada Lembaga Zakat Selangor.


Dalam ucapan alu-aluan oleh Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir masjid As-Salam Puchong Perdana, beliau menerangkan bahawa Majlis Penghargaan ini diadakan khusus untuk merai dan penghargai semua AJK , Pegawai Masjid dan petugas-petugas yang telah banyak membantu dalam mengimarahkan masjid disepanjang sesi 2009 ~ 2012 yang berakhir pada 30hb Mei 2012 yang lalu.

Majlis Penutup Kursus Haji meriah !!


Tuan Haji Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam menyampai Tazkirah Khas di majlis Penutup Kursus Haji

Sebahagian daripada peserta kursus haji bersiri

Mesyuarat Agong & Tahlil Perdana

Program "Retreat As-Salam 2012"




Alhamdulillah, satu program retreat atau permukiman dari kalangan AJK Masjid As Salam telah berjaya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad, 30 Jun 2012 dan 1 Julai 2012.  Program ini telah diadakan di Nur Sungai Merab, Bangi, Selangor.  Seramai 37 orang peserta yang terdiri dari AJK, sub-AJK dan juga AJK dari surau-surau di bawah pentadbiran Masjid As Salam telah mengambil bahagian dalam program ini termasuk 9 peserta dari Biro Hal Ehwal Wanita.

Grab this Widget ~ Blogger Accessories