Rabu, Mei 02, 2012

Forum Dakwah Harmoni membuka minda para jemaah








“Memahami Masyarakat India” menjadi tajuk pilihan program Forum Dakwah Harmoni Siri 1 yang telah berlangsung pada hari Sabtu 28 April 2012 yang lalu di Masjid As-Salam Puchong Perdana. Program anjuran bersama IKRAM Subang Jaya, Masjid As-Salam Puchong Perdana dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling tersebut bertujuan untuk memupuk kesedaran umat Islam untuk lebih mengenali masyarakat lain dan agama anutan mereka seterusnya memahami dan mempelajari pendekatan yang sesuai untuk mendekati mereka. Forum ini telah berjaya membuka mata lebih 250 orang jemaah yang hadir pada hari tersebut.



Cikgu Kamarul Zaman dari Hidayah Centre Bukit Beruntung dan Saudara Muhammad Rafiq Ravi dari PERKIM yang juga merupakan ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia telah berkongsi tentang asal usul kaum India di Malaysia, asas-asas kepercayaan agama Hindu, soalan-soalan lazim dan juga beberapa pendekatan yang sesuai untuk memulakan dakwah kepada mereka. Ditambah dengan kelolaan moderator yang berkelibar, Tn Hj Yasim Mohamed yang juga merupakan Tuan Nazir Masjid As Salam sendiri telah membuatkan forum tersebut bertambah seri dan ceria.

Tahniah juga diucapkan kepada Ustaz Mohd Yusri Mohd Yunos selaku masul program dan ahli jawatankuasa beliau diatas usaha dan komitmen yang telah dicurahkan. Semoga program-program sebegini akan sentiasa subur di bumi Subang Jaya di masa akan datang. Forum ini telah dirancang dengan 3 siri di mana siri kedua InsyaAllah akan diadakan pada 7 Julai 2012 dengan tajuk ‘Memahami Masyarakat Beragama Kristian’ dan siri ketiga pada 10 November 2012 akan membawa tajuk ‘Memahami Masyarakat Cina’. Semua lapisan masyarakat setempat dijemput hadir memeriahkan lagi program tersebut.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories