Ahad, Mei 20, 2012

Lawatan Sambil Belajar AJK Masjid Nurul Jannah Meru Klang

Pegawai dan AJK Masjid Nurul Jannah Meru Klang bergambar bersama Tuan Nazir As-Salam
Puchong, 19 Mei 2012Masjid As-Salam Puchong Perdana telah menerima Lawatan Sambil Belajar daripada AJK Masjid Nurul Jannah Meru Klang. Rombongan seramai 14 orang diketuai oleh Tn Hj Noromi Salim, AJK dan Ketua Biro Kebajikan Masjid Nurul Jannah Meru Klang.

Tujuan lawatan adalah untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi bagaimana Pengurusan dan Pentadbiran Masjid As-Salam berjalan.

Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam telah memberi taklimat penuh kepada rombongan yang hadir. Turut sama dalam taklimat ini ialah En Abdul Rahman, Bendahari Masjid, dan beberapa orang AJK yang lain.

Sesi soal jawab bersama Tuan Nazir sangat memberi menafaat kepada anggota rombongan kerana pengalaman yang dilalui oleh Masjid As-Salam dapat mereka pelajari bersama.

Lawatan berakhir dengan solat zohor berjamaah dan jamuan makan tengah hari.








Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories