Isnin, Mei 21, 2012

Budaya Makan Bertalam terus subur di Masjid As-Salam

Sebahagian daripada jemaah sedang menjamu selera Makan Bertalam

 
Puchong, 19 Mei 2012;  Majlis Kesyukuran dan doa selamat sempena penerimaan Anugerah Pengurusan Masjid Terbaik Negeri Selangor 2011 telah berlangsung di Masjid As-Salam dengan penuh meriah.

Didalam ucapan alu-aluannya Nazir Masjid As-Salam Tuan Hj Yasim Mohamed mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pegawai dan AJK serta para jemaah sekalian yang telah memberikan kerjasama yang sangat padu didalam pengimarahan masjid disepanjang sesi 2009 ~2012 yang lalu. Kerjasama yang baik ini telah memungkinkan kejayaan demi kejayaan dicapai.

Diantara tetamu yang hadir ialah En Har, Ketua Kampung Sri Andalas, En Shariff, Ketua Balai Polis Bukit Puchong, Hj Mohd Shariff, Ketua Kampung Batu 14 dan Pengerusi-pengerusi Surau di Qariah Masjid As-Salam.

Majlis berakhir dengan Jamuan Makan Bertalam yang telah menjadi budaya di Masjid As-Salam ini.



Diantara tetamu yang hadir ialah ialah dari kiri: En Har, En Sharif, En Sameon, Tn Hj Shariff, Tuan Nazir As-Salam






 


1 ulasan:

Intan Baharum berkata...

Alhamdulillah...barakallah

Grab this Widget ~ Blogger Accessories