Isnin, Mei 28, 2012

Masjid As-Salam mencipta rekodnya yang tersendiri: Lebih 15,000 hadhir mengikuti Kuliah Perdana Ust Azhar Idrus

Sebahagian daripada jemaah yang tak dapat masuk ke dalam masjid terpaksa menonton melalui screen gergasi di bahagian parking di hadapan masjid

"Layar Gergasi" di pasang di bumbung masjid untuk di ikuti oleh jemaah yang berada di luar masjid

Ahad, Mei 27, 2012

Suasana kemeriahan Kuliah ilmu Ustaz Azhar di Masjid As-Salam 26/5/2012

Ustaz Azhar Idrus Dikelilingi Artis Wanita Yang Berhijrah. Allahuakhbar!

Hebatnya Pengaruh Ustaz Azhar Idrus ( Original )...
Kelihatan Artis-Artis Wanita Yang Telah Berhijrah "Menutup Aurat" Tidak Lepaskan Peluang Bergambar dengan Beliau Seperti Irma Hasimie, Yatt, Diana Amir, Helliza Helmi Dan Rakan-Rakan

Kuliah Maghrib Perdana Ust Azhar Idrus di Masjid As-Salam

Kuliah Maghrib, Anak Kunci Syurga yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid AsSalam, Puchong bertarikh 05 Rejab / 26 Mei 2012 boleh didownload di url    ;

Kuliah Anak Kunci Syurga
Klik di sini untuk download rakaman
... url : http://www.mediafire.com/?5ma6snswlr8f105


Isnin, Mei 21, 2012

Budaya Makan Bertalam terus subur di Masjid As-Salam

Sebahagian daripada jemaah sedang menjamu selera Makan Bertalam

 
Puchong, 19 Mei 2012;  Majlis Kesyukuran dan doa selamat sempena penerimaan Anugerah Pengurusan Masjid Terbaik Negeri Selangor 2011 telah berlangsung di Masjid As-Salam dengan penuh meriah.

Ahad, Mei 20, 2012

Lawatan Sambil Belajar AJK Masjid Nurul Jannah Meru Klang

Pegawai dan AJK Masjid Nurul Jannah Meru Klang bergambar bersama Tuan Nazir As-Salam
Puchong, 19 Mei 2012Masjid As-Salam Puchong Perdana telah menerima Lawatan Sambil Belajar daripada AJK Masjid Nurul Jannah Meru Klang. Rombongan seramai 14 orang diketuai oleh Tn Hj Noromi Salim, AJK dan Ketua Biro Kebajikan Masjid Nurul Jannah Meru Klang.

Kuliah Perdana Ustaz Azhar Idrus


Masjid As-Salam mendapat Anugerah Masjid Terbaik Peringkat Negeri Selangor 2011

Tuan Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam diiringi oleh En Abdul Rahman Yang Chek Bendahari Masjid  menerima Anugerah daripada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
Kuala Selangor, 17 Mei 2012:  Masjid As-Salam Puchong Perdana telah diumumkan sebagai Penerima Anugerah Pengurusan Masjid Terbaik (Tempat Pertama) Peringkat Negeri Selangor 2011 bagi Kategori Masjid Qariah. Tempat Kedua disandang oleh Masjid As-Syariff Meru, Klang.

Sabtu, Mei 19, 2012

Ustaz Azhar Idrus di Masjid As-Salam 26/5/2012

Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus di Masjid As-Salam 26/5/2012 (Sabtu)
Semua dijemput hadir. Sila war-warkan....

Sabtu, Mei 12, 2012

Kenapa wanita Islam wajib menutup aurat?

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Memahami Petunjuk dan Teguran Allah



Alam ini ada sunnah dan ketetapan. Jiwa ini pun ada cara-caranya untuk berinteraksi. Bagi kita, setiap manusia itu memang diciptakan dengan sifat-sifat yang tersendiri. Masing-masing ada situasi masing-masing.

Jumaat, Mei 11, 2012

Fahamilah makna.....

Fahamilah makna setiap kali kita mengamalkannya......Insyaallah ibadah kita akan lebih kusyuk

Khamis, Mei 10, 2012

Kem Al-Quran Musim Cuti Sekolah

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Jumaat, Mei 04, 2012

Intipati Khutbah yang disampaikan oleh Nazir As-Salam pada 4/5/2012


Mempersiap Keturunan yang bertaqwa

Anak adalah amanah Allah SWT yang dipertanggungjawabkan kepada para ibubapa untuk memelihara dan membentuknya menjadi insan yang berguna.

Justeru sebagai ibubapa, kita seharusnya berusaha untuk mempersiapkan anak-anak dan keturunan kita dengan nilai ketaqwaan.

Khamis, Mei 03, 2012

Rabu, Mei 02, 2012

Forum Dakwah Harmoni membuka minda para jemaah








“Memahami Masyarakat India” menjadi tajuk pilihan program Forum Dakwah Harmoni Siri 1 yang telah berlangsung pada hari Sabtu 28 April 2012 yang lalu di Masjid As-Salam Puchong Perdana. Program anjuran bersama IKRAM Subang Jaya, Masjid As-Salam Puchong Perdana dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling tersebut bertujuan untuk memupuk kesedaran umat Islam untuk lebih mengenali masyarakat lain dan agama anutan mereka seterusnya memahami dan mempelajari pendekatan yang sesuai untuk mendekati mereka. Forum ini telah berjaya membuka mata lebih 250 orang jemaah yang hadir pada hari tersebut.


Grab this Widget ~ Blogger Accessories