Jumaat, April 06, 2012

Sekitar “Seminar Wanita & Keluarga” Wanita IKRAMSJ & Masjid AsSalam Puchong 31 Mac 2012


 

Alhamdulillah, Wanita IKRAM Subang Jaya dengan kerjasama Masjid As-Salam Puchong Perdana telah berjaya melaksanakan satu Seminar Wanita dan Keluarga dengan tema ”Wanita Sejahtera Keluarga Bahagia Di bawah Naungan Syariah” pada 31 Mac 2012 (Sabtu) jam 9.00 pagi – 1 petang di Ruang Legar, Masjid as-Salam, Puchong Perdana, Selangor Darul Ehsan. Hampir 100 orang peserta telah mendaftar bagi mengikuti program ini dan sebahagian peserta juga telah mendaftar menjadi ahli IKRAM Subang Jaya.




Seminar WANITA IKRAMSJ kali ini telah berjaya mengupas isu-isu ini dan memberikan perspektif yang sebenar mengenai keistimewaan kedudukan wanita dalam syariah. Ia juga turut memberi gambaran tentang pembinaan keluarga Islam yang sebenar agar semua ahli masyarakat boleh mula memahami manfaat pelaksanaan syariat. Tahniah buat Pengarah Program Cikgu Rohaiyu dan pasukannya..





Majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran dan disusuli oleh ucapan Nazir Masjid As-Salam Tuan Haji Yasim bin Muhamad dan Ucapan Perasmian oleh Ustaz Hajar bin Opir (YDP IKRAM Subang Jaya). Ucaptama “Wanita, Kau Begitu Istimewa” telah disampaikan oleh Ustazah Wan Ramizah Hasan Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang juga Ketua Wanita IKRAMSJ.



Setelah sesi berehat, majlis diteruskan dengan Forum “Membina Keluarga Sakinah di bawah Lembayung Syariah” dengan tiga ahli panel khas iaitu Prof. Madya Dr Normi bt Abdul Malek (Kuliyyah Undang-Undang UIA), Prof. Madya Dr. Siti Mashitah Mahamood (Jabatan Syariah dan Undang-undang UM) dan juga Ust Roslan bin Mohamed (Pensyarah Kanan, UM).

Ketiga-tiga panel ini juga merupakan ahli-ahli IKRAM Gombak, SJ dan Petaling Jaya. Sesi yang penuh ceria dan menarik ini telah dimoderatorkan oleh saudari Nurhakimah bt Mohamud. Semoga semua peserta khususnya wanita sekitar Puchong/Subang Jaya telah mendapat ilmu yang bermanfaat bagi memantapkan lagi sistem keluarga muslimah di bawah naungan al-Quran dan melahirkan pewaris yang sihat iman dan amalnya.







Program kali ini juga telah diserikan dengan pameran, jualan dan kutipan Palestin serta pameran Hidayah Centre (dakwah belum Islam) oleh pasukan Aqsa Syarif dan JK Dakwah IKRAM Subang Jaya.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories