Jumaat, April 20, 2012

Lawatan Sambil Belajar (KPI Masjid) Masjid Ar-Rahmaniah Sungai Air Tawar Sabak Bernam


Tn Nazir Masjid As-Salam bergambar bersama-sama dengan AJK Masjid Ar-Rahmaniah Sungai Air Tawar sabak Bernam Selangor
Puchong, 14hb April 2012:  Satu rombongan pelawat yang terdiri daripada JKKK dan AJK Masjid Ar-Rahmaniah Sungai Air Tawar Sabak Bernam Selangor telah membuat lawatan sambil belajar ke Masjid As-Salam.

Rombongan yang terdiri daripada 45 orang telah diketuai oleh Tn Hj Abd Halim b. Miskom, Nazir Masjid Ar-Rahmaniah Sungai Air Tawar Sabak Bernam. Bersama-sama dalam rombongan ialah JKKK Kg Sungai Air Tawar yang terdiri daripada Penghulu dan Ketua Kampung yang berhampiran.

Dalam ucapan pembukaannya Tn Hj Abd Halim selaku Ketua Rombongan menyatakan hasrat untuk mempelajari bagaimana Masjid As-Salam menguruskan KPI masjid sehingga menjadi Masjid Terbaik dan boleh dijadikan contoh kepada masjid-masjid lain diseluruh Negeri Selangor.

Tn Hj Yasim Mohamed, selaku Nazir Masjid As-Salam telah menyampaikan taklimat khas dan telah berkongsi pengalaman bagaimana Pengurusan Masjid As-Salam beroperasi. Sessi soal-jawab di akhir pembentangan telah menarik minat semua peserta yang hadir dimana pengalaman yang dilalui di Masjid As-Salam ini dapat dipraktikkan di tempat masing-masing.

Sesi lawatan berakhir dengan penyampaian cenderahati dan jamuan tengah hari.

 
Pertukaran cenderahati

Sesi taklimat khas dan sesi soal jawab bersama dengan Tn Nazir Masjid As-salam





Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories